Info Penting; Semut ‘CHARLIE’ Lebih Bahaya Dari Ular Tedung? Ketahuilah Kaedah2 Pencegahannya…

Public Health Malaysia

Fast Fact

  • Serangga ini dikenali masyarakat Malaysia sebagai “semut charlie” dan rove beetle
  • Ianya bersaiz kurang dari 1 cm, dengan warna berbelang hitam- jingga
  • Banyak ditemui di kawasan berumput dan sawah padi
  • Ia TIDAK menggigit tetapi merembeskan sejenis cecair berbisa yang lebih poten dari bisa ular tedung

Paederus Dermatitis

Sekiranya kulit terdedah kepada cecair rembesan serangga ini, ia akan menyebabkan radang kulit serius yang dinamakan sebagai Paederus dermatitis.

Pada peringkat awal, kulit TIDAK akan menunjukkan sebarang perubahan

12-36 jam kemudian, kulit akan menjadi kemerahan, melepuh, gatal dan mungkin mengambil tempoh beberapa minggu untuk pulih

Kaedah pencegahan

Setakat ini TIADA kaedah pencegahan khusus yang di cadangkan.

1. Masyarakat setempat yang tinggal di kawasan berisiko di nasihatkan untuk menutup pintu dan tingkap terutamanya pada waktu malam. Ini adalah kerana serangga ini di ketahui tertarik dengan cahaya lampu pada waktu malam.

2. Selain itu, kajian juga telah membuktikan penduduk yang tinggal di aras yang lebih tinggi lebih berisiko kerana serangga ini akan terbang ke aras yang lebih tinggi apabila habitat asalnya di ganggu.

3. ELAKKAN memicit, memukul atau menggosok serangga ini apabila ia hinggap ke permukaan kulit.

4. Sekiranya kulit terdedah dengan serangga ini, basuh permukaan kulit dengan air bersih dan sabun.

5. Dapatkan rawatan segera, anda juga mungkin memerlukan antibiotik dalam bentuk krim sapuan kerana risiko jangkitan bakteria.

* Sekiranya kawasan kediaman anda di serang serangga ini, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau Majlis Daerah/ Perbandaran untuk tindakan kawalan pencegahan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*