Ingin Tahu Bagaimana Uncle Kentang @ 10 Sen Selesaikan 1 kes Bunuh?

Syahril A. Kadir

KISAH UNCLE KENTANG DAN MAYAT DALAM BEG

KIRA-KIRA lima tahun lepas kita dikejutkan dengan kes penemuan mayat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Ng Yuk Tim di tepi Jalan Kebun Nenas 1A/KS7, Kelana Jaya.

Mayat mangsa ditemui dalam sebuah beg pakaian yang dibuang pembunuhnya di lokasi berkenaan.

Dalam hal ini kita patut berterima kasih kepada seorang aktivis masyarakat bernama Kuan Chee Heng yang lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ kerana berjaya mengheret pembunuh Yuk Tim ke balai polis!

Image may contain: 1 person, smiling, food and indoor

Kisahnya begini.

Yuk Tim asalnya pergi ke rumah lelaki itu (yang dikenalinya di Facebook) di Kelana Jaya untuk membuat pakaian cosplay untuk sebuah event.

Lelaki itu pada mulanya mendakwa dia telah menghantar Yuk Tim di stesen LRT Kelana Jaya pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Ibu mangsa yang khuatir dengan kehilangan anak perempuannya itu telah meminta pertolongan Uncle Kentang untuk membantunya mencari mangsa.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Uncle Kentang kemudiannya bersetuju untuk bertemu ibu mangsa di sebuah restoran di Kelana Jaya.

Dia dapati suspek turut berada bersama ibu mangsa untuk menemuinya.

Ketika mereka sedang berbual, Kuan menyedari terdapat kesan gigitan pada tangan kiri suspek.

Dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena lalu menyoal siasat suspek dengan soalan yang bertubi-tubi yang akhirnya membawa kepada pengakuan suspek yang dia cuba merogol mangsa dan apabila mangsa bertindak mengigit tangannya dia telah menghentak kepala mangsa dengan satu objek sekaligus membawa kepada kematian mangsa.

Image may contain: one or more people and shoes

Uncle Kentang kemudiannya menyerahkan suspek kepada polis Petaling Jaya.

Dan semalam setelah lima tahun turun naik mahkamah, tertuduh, Poon Wai Hong akhirnya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Aku ingat lagi kata-kata Uncle kentang waktu lepak dengannya baru-baru ini.

” Kami bukan polis, kami tiada senjata dan gari, kami hanya rakyat biasa tapi kalau perlukan pertolongan, hubungilah saya pada setiap masa, setiap ketika…saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu. ”

Salut untuk Uncle Kentang, lu memang champion taiko!

sumber;  Syahril A. Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*