Ini ilham yang sangat WIN! PIBG SMK Ibrahim Fikri ambil tindakan yang MENGEJUTKAN elak pelajar ponteng

www.gpsbestari.com

KUALA NERUS – Jika di tempat lain pastinya hukuman berat menanti pelajar yang tidak hadir ke sekolah melebihi 30 hari.

Namun lain pula pendekatan diambil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri apabila mengadakan majlis bacaan yassin dan doa selamat di rumah pelajar berkenaan.

Pendekatan berhemah serta menjurus kepada memberi didikan yang dilaksanakan PIBG dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang itu turut mendapat reaksi positif pelbagai pihak.

Setiausaha kehormat PIBG SMK Ibrahim Fikri, Zulkifli Ismail berkata, berdasarkan rekod yang diberikan pihak sekolah, pelajar tingkatan 1 yang tinggal di Telaga Daing itu didapati tidak hadir ke sekolah lebih 35 hari.

“Inisiatif yang kita laksanakan ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Halaqah yang bertujuan membantu pelajar yang bermasalah.

“Kita mengambil pendekatan keagamaan sebegini supaya dapat memberi kesedaran bukan sahaja kepada pelajar terbabit, malah keprihatinan ibu bapa juga.

“Selain bacaan yassin dan doa selamat, kita turut memberi sedikit tazkirah supaya dapat melembutkan hati pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah,”katanya.

Katanya lagi, ibu bapa juga dinasihatkan untuk sentiasa peka dan mengambil tahu keadaan anak-anak supaya mereka tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat.

“Kami di pihak PIBG dan KRT Teluk Ketapang merangka pelbagai aktiviti dalam memastikan masalah membabitkan disiplin pelajar dapat ditangani sebaiknya,”katanya.

sumber; www.gpsbestari.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*