Ini Sebab Kenapa Iqram Dinzly Tidak Mahu Berjumpa Mufti Wilayah Persekutuan…

ohbulan.com

Masih lagi hangat membicarakan mengenai kontroversi yang melanda pelakon Iqram Dinzlyyang dilihat perangainya semakin aneh sejak kebelakangan ini sehingga tular di pelbagai medium berita.

Mufti Mahu Berjumpa Dengan Iqram Dinzly

Melihatkan sikapnya itu, Mufti Wilayah Persekutuan turut menghantar surat terbuat buat Iqram Dinzly yang ingin berjumpa dengan pelakon itu beserta beberapa nasihat buat dirinya termasuk supaya mendekati al-Quran selain memperbanyakkan zikir.

“Kami nasihatkan saudara supaya mendekati al-Quran, begitu juga zikir-zikir.
Kami ada menonton beberapa LV (live video) saudara yang menunjukkan saudara adalah seorang yang melazimi zikir. Itu adalah hal yang amat baik kerana hanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa akan menjadi tenang”

Iqram Tolak Permintaan Mufti Secara Baik

Surat tersebut telah pun sampai ke pengetahuan Iqram dan walau bagaimanapun Iqram menolak secara baik keinginan Mufti tersebut kerana mengambil faktor keadaan keluarga nya.

Kenapa ? Mengapa ? Bagaimana ? Kenapa orang #Malaysia sukar faham dengan #BahasaMalaysia ? Mengapa #rakyatMalaysia hilang #budibahasa ? Pernahkah terfikir Syurga Neraka milik mutlak Hak Nya Yang Maha Esa . Ketika hamba diuji mahupun diduga , hanya segelintir jiwa yang sudi bersama . Ada yang lari ada yang pergi , ada langsung tidak nampak muka malah terus mencaci lagu menghina . Namun hamba redha ! Hamba bersyukor dengan segelintir yang menerima hamba baik burok seadanya dikala hamba derita dalam bahagia , tenang tanpa adanya makhluk berpura – pura . #papakukembali & tinggallah daku dengan #mamakuiddah4bulan10hari . Salahkah aku berjuang dan berkorban demi manusia yang melahirkan aku ? Salahkah aku memegang amanah manusia raja dalam keluargaku ? #terimakasih Sahabat – sahabat serta kekanda – kekanda hamba terutamanya keluarga hamba yang FAHAM dengan diriku . #janganbikinkerjatuhan @bawaabata.merebucks tetap hamba perjuangkan . Buat Mufti Wilayah @drzulkifli.albakri Yang hamba hormati , hamba mengucapkan bebanyak terima kaseh kerna sudi prihatin dengan apa yang terjadi . Maaf sekiranya hamba menolak untok berjumpa dengan tuan hamba di #kualalumpur untok berkomunikasi . Lebih afdalnya , hamba jemput tuan hamba sudi ke #TalaqqiDinzlyStudio untok mengupas lebih mendalam segala yang terjadi bersama bonda disisi dan fahami lebih situasi yang terjadi . Kerna hamba hormat keputusan bonda yang tidak mahu kemana – mana selagi maseh iddah dan beliau sedang usaha untok bersemangat kerana terlalu rindu terhadap ayahanda hamba , #papakuterlantarlagi . Harap memahami dan insyaAllah atas izin Illahi ini semua terjadi . #pergilahmatinegativiti Harap penulisan hamba yang tiada apa – apa lagi marhain hinanya ini disambut baik tanpa rasa diri hamba hebat mahupun bongkak rasa . Besar hati menerima kehadiran Tuan Hamba untok ber #kongsirasadanrahsia bersama bonda hamba & #dinzlyfamily pun jua . Sekiranya sudi hamba jemput selepas #newyear nanti , hamba akan personally hubungi Tuan Mufti . ✌️😜👍 ________ #prinxchiqydinzly | #iqramdinzly Fidyahkan #Alfatihah buat ayahanda beta mahupun kami #dinzly sekelurga . #pray4iqramdinzly #pray4dinzlyfamily

A post shared by DR. Princhiqy Dinzly (@iqramdinzly) on

Tambah Iqram, beliau turut mempelawa Mufti untuk ke rumahnya bagi menjelaskan hal yang sebenar berlaku. Hangat.com mendoakan yang terbaik buat Iqram sekeluarga dan semoga tabah dengan pelbagai kecaman yang diterima.

sumber; www.hangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*