Ini Sebab Kenapa Malaysia Tak Hantar Penyelam Ke Misi Menyelamat Gua Tham Luang, Thailand

FB Lawas

Persoalan yang banyak diutarakan. Kenapa Malaysia tidak hantar bantuan ke Thailand dalam misi ThamLuangCaveRescue. Memang operasi ini melibatkan penyelam profesional seluruh dunia tapi mereka datang atas kapasiti peribadi untuk menunaikan tanggungjawab sosial.

Selepas diumumkan khidmat pakar selaman sukarela diperlukan untuk kerja mencari dan menyelamat, mereka saling berhubung sesama sendiri dan in the end, puluhan penyelam berjaya dikumpulkan. Bersama-sama, mereka menubuhkan unit ‘SEAL’ baru di Gua Tham Luang yang terdiri daripada profesional elit seluruh dunia untuk membantu SEAL Thailand yang sedia ada.

Image may contain: 12 people, people smiling, selfie

Sebahagian besar dari mereka seperti Mikko Paasi, Eric Brown, Vsevolod Korobov, Maksym Polejaka, Ivan Karadzic, Ben Reymenants, Claus Rasmussen, dan Bruce Konefe adalah pakar selaman laut dalam dan selaman gua. Mikko Paasi contohnya adalah sebahagian kru National Geographic yang telah membuat selaman mustahil di cenuram dalam laut Afrika Selatan dan membuat penemuan spesis zaman purba koloni ikan Dinofish Coelecanth (“see-la-kanth”). Pendek kata, misi-misi sukar dan super bahaya sudah biasa bagi mereka.

Image may contain: 5 people, people smiling

Fakta yang paling menarik, sebahagian besar penyelam yang menyertai misi termasuk nama-nama di atas (dalam gambar di bawah) adalah penyelam yang sudah lama berpangkalan di Pulau Koh Tao, Phuket, dan pusat-pusat peranginan terkenal diThailand. Ada yang jadi jurulatih selaman, ada juga yang membuka syarikat selaman sendiri. Nama sahaja penyelam antarabangsa tapi depa dah lama jadi orang Thai.

Image may contain: text

Image may contain: 7 people, text and outdoor

Image may contain: 10 people, people smiling, people sitting and outdoor

So, tak ada isu sangatlah kenapa kita tak hantar bantuan. Memang dari awal hanya diumumkan memerlukan STRONG diving volunteers sahaja. Bab logistik dan peralatan mereka sudah lebih dari cukup.

sumber; FB

kredit; Akhairu Ibrahim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*