Innalillahi wainna ilaihiroji’un. Lopak Jalan Ragut Nyawa Cikgu Yaya Menjelang Tibanya Ramadan Begitu Memilukan (8 Foto)

accidentportal.net

KULIM: Apa yang berlaku amat memilukan Pergi diri nya dihari jumaat terakhir sebelum ramdhan, Rabiatul Adawiyah Akalali, 21,  atau lebih mesra dengan gelaran Cikgu Yaya merupakan seorang guru dan pemilik Tadika di Kulim.

Seorang guru dan insan yang sangat baik amat disenangi ramai menguruskan tadika tersebut bersama ibu tersayang, permergian nya amat dirasai, yang maha esa lebih sayangkan nya apabila dia maut kemalangan bila motosikal ditunggangnya terlanggar lopak jalan dan dia terjatuh dijalan.

Berita Harian melaporkan seorang guru tadika maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Lunas-Padang Serai berhampiran sebuah stesen minyak di Permatang Tok Dik, semalam.

Dalam kejadian jam 2.50 petang itu, mangsa Rabiatul Adawiyah Akalali, 21, yang beralamat di Kampung Naga Lilit meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal bersendirian.

Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan mangsa dalam perjalanan dari arah Padang Serai menghala ke arah Lunas.

“Berdasar siasatan awal, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan sebelum tercampak ke atas jalan raya.

“Akibat kejadian, itu mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudian menghubungi ambulans untuk bantuan kecemasan,” katanya ketika dihubungi.

Ahmad Nasir berkata, jenazah mangsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat sebelum di tuntut oleh ahli keluarganya untuk urusan pengebumian.

Kes di siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, semoga ibu nya serta keluarga nya tabah permergian Cikgu Yaya amat dirasai pergi dihari jumaat yang mulia, jenazah selamat disemadikan pada pagi sabtu dikampung halamannya. Al fatihah.

sumber; accidentportal.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*