Isu Halal Pau Yik Mun; Ada yang miliki sijil HALAL & ada yang tiada – Bhgn Hab Halal Jakim

Bahagian Hab Halal, JAKIM's post

Penjelasan Berkenaan Isu Status Halal Pau Yik Mun

Pihak kami mula menerima pertanyaan berkenaan isu status halal Pau Yik Mun di media sosial. Ianya berpunca dari viral pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan separuh daripada maklumbalas status halal produk tersebut.

Untuk makluman, Syarikat Yik Mun mempunyai dua perniagaan di Tanjung Malim iaitu premis membuat produk dan premis makanan. Kedua-dua premis ini terletak di lokasi yang berbeza.

Perlu diketahui, Sijil Pengesahan Halal Malaysia hanya diberi kepada premis yang membuat produk sahaja iaitu pau Yik Mun. Walau bagaimanapun, premis makanan Yik Mun belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Justeru, masyarakat dinasihatkan agar berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu info halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti.

Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Hafeez Hung

Untuk mengetahui status halal produk dan premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal dan Verify Halal

Harap maklum dan terima kasih.

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
14 Januari 2019 M

sumber;  Bahagian Hab Halal, JAKIM’s post

link sumber; Hafeez Hung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*