Isu Panas; Waythamoorty (Hindraf) pertikai tindakan Maips jemput Dr Zakir Naik baca khutbah?

Firdaus Wong Wai Hung (Official)

Saya ada sedikit kemusykilan. Menurut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,

“Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan:- Sultan, Majlis Agama, Mufti boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.”

Apakah yang melayakkan Waythamoorty sebagai seorang yang Belum Muslim untuk mempertikaikan tindakan Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menjemput DZN untuk memberikan khutbah? Apakah tindakannya itu telah melanggar undang-undang & perlembagaan?

Bukankah ini juga seolah-olah secara tidak langsung mencabar kewibawaan DYMM Tuanku Raja Perlis sebagai Ketua Agama Perlis?

Umat Islam tidak boleh menghina agama lain dan Alhamdulilah majoriti umat Islam hatta ahli politik Islam tidak pernah mencampuri urusan agama lain.

Namun mengapakah ada golongan ahli politik Belum Muslim yang tak henti-henti masuk campur dalam urusan agama Islam dari zaman kerajaan BN lagi!

Bagaimana untuk mencapai perpaduan andai Menteri yang dilantik ada sejarah pernah mempertikaikan urusan agama Islam yang merupakan hak eksklusif Sultan & Raja?

Apa pendapat sahabat semua?

*Jangan caci maki, mencarut dan perkauman di dalam komen. Kita mahukan Msia yg harmoni bukannya kucar-kacir.

sumber; Firdaus Wong Wai Hung (Official)