Isu Tandas Tr@nsgender Bukan Isu Kecil; Aurat Muslimah Juga Hak Yang Perlu Dihormati

Inspirasi Dr Syahr Musafir & Rahimah AR

Bersusah payah para wanita muslimat solehah menjaga aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi. Tetapi tiba-tiba diberitahu supaya jangan diskriminasi tr@nsgender, lebih baik para pondan mak nyah masuk gunakan tandas perempuan berbanding tandas lelaki.

Para wanita muslimat solehah tidak lagi selamat untuk keluar-masuk tandas perempuan kerana batas aurat perlu dijaga rapi sama seperti di luar tandas perempuan. Tolonglah lebih berhati-hati.

Jika benarlah nak beri pengiktirafan, tolonglah wajibkan setiap bangunan ada tandas asing untuk tr@nsgender ni.

Sebagai seorang lelaki saya tak sanggup nak lihat mereka ini masuk ke dalam tandas awam sama yang saya masuk, rasa seriau.

Sebagai seorang suami dan ayah, saya tak sanggup lihat mereka ini masuk ke tandas sama yang isteri dan anak-anak perempuan saya masuk, rasa tak selamat. Nampak je macam perempuan tetapi hakikat mereka tetap lelaki, kan baru ada kes pondan rogol remaja perempuan dalam tandas perempuan.

Kalau tak buat tandas spesifik, saya cadang golongan tr@nsgender diwajibkan guna tandas disabled. Ini cadangan serius!

Saya tak faham bagaimana ayat ‘lebih baik guna tandas perempuan’ ini boleh keluar. Orang yang berkata tak ada isteri atau anak perempuan ke?

sumber; Inspirasi Dr Syahr Musafir & Rahimah AR