Jangan ambil mudah jika kepala anak anda terhentak akibat jatuh atau anda akan menyesal…

Taufiq Razif

Kepala anak saya ni baru je terhempas ke lantai. Biasa la bila balik kampung nak beraya ni tempat tidur pun tak ‘proper’ kan.

Masuk je bilik lepas bersahur tiba-tiba kepala si Solahuddin ni dah meluncur ke bawah katil. Bammm!! Sakit tu sebab kepala bahagian belakang yang cecah lantai dulu.

Solahuddin pun bertempik nyaring! Terus saya gosok kepala Solahuddin dan peluk dia. Jeritannya walaupun agak lama tapi makin lama makin perlahan dan esakannya pun makin kendur.

Pelukan ni nampak je remeh tapi pelukan daripada mak ayah ni akan membuatkan badan anak merembeskan hormon endorphins. Ni la yang membuatkan otot badan anak kita jadi lebih rileks & meringankan kesakitan fizikalnya.

Tapi tak boleh gembira lagi. Saya kena pantau dulu si Solahuddin ni selama 24 jam. Jangan main main dengan isu kepala terhentak ni. Pernah je ada kes anaknya terhentak kepala, besok paginya badan dah bertukar biru dan anak pun nampak lesu.

Rupanya bila periksa kat hospital, doktor sahkan tempurung kepala anaknya retak. Sebab tu mak ayah semua WAJIB ada ilmu apa nak buat bila anak terjatuh dan terhantuk kepala ni.

Bila anak terhantuk je terus tengok anak kita ada muntah muntah teruk ke tak, ada pengsan ke tak, ada benjolan yang terlampau besar atau luka yang dalam ke tak, ada sawan ke tak, lemah anggota badan ke tak, ada cairan keluar daripada hidung dan telinga ke tak. Kalau ada, takyah fikir apa dah. Terus bawa jumpa doktor.

Kalau lepas terhantuk, anak sambung tidur, kejut kejut la juga anak sekali sekala untuk periksa dia. Kalau ada perubahan yang dicurigai macam pernafasan jadi terlalu laju atau tiba tiba tangan dan kaki jadi lembik atau muntah tak berhenti, terus je ke hospital.

Cedera otak yang kita paling takut sebenarnya sebab kadang kadang benda tu boleh terjadi secara cepat tapi ada juga kes pendarahan otak tu terjadi secara lambat dan perlahan lahan.

Tolong bagitahu benda ni pada pasangan dan ahli keluarga yang lain juga ye sebab ramai lagi yang tak tahu benda ni.

Nota kaki : Ajak pasangan kita belajar ilmu parenting sekali. Kalau nak belajar ilmu parenting free tiap hari boleh ke telegram channel saya. Ada 140 ribu mak ayah kat dalam tu.

Klik je link ni untuk ke sana¬†ūüĎȬ†t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber; Taufiq Razif

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*