Jangan Buat 5 Benda Ni Jika Nampak Anak Orang Lain Mengamuk – Dr Taufiq Razif

Taufiq Razif

Pernah ada sorang budak ni mengamuk sampai terjerit jerit dan berguling guling di depan saya tapi saya tak masuk campur.

Salah masuk campur boleh jatuh air muka mak ayahnya. Ni 5 benda kita tak boleh buat kalau nampak anak orang lain mengamuk di depan kita :

1. Kita tengking anak tersebut

  • Tengkingan hanya memperburuk keadaan. Samada anak tu jadi makin mengamuk atau anak tu jadi diam terus.
  • Bagus untuk jangka masa pendek tapi buruk untuk jangka masa panjang
  • Anak mungkin akan trauma dengan ‘strangers’ buat selama lamanya

2. Kita pandang anak tu dan keluarganya tu dengan pandangan sinis

  • Pandangan sinis hanya akan membuatkan mak ayah si anak yang tengah mengamuk tu menjadi lebih cemas
  • Rasa cemas tu tadi hanya akan membuatkan emosi mak ayah menjadi lebih kacau bilau
  • Bagaimana nak kawal emosi anak kalau emosi mak ayah sendiri tengah kacau dan tak stabil kan?

3. Jangan mengata

  • Anak yang mengamuk dan tantrum ni boleh jadi pada sesiapa sahaja
  • Ianya boleh jadi pada sesiapapun sekalipun pada pakar kanak kanak kerana tantrum dan amukan adalah cara anak-anak berkomunikasi dan meluahkan rasa di dada
  • Kita tak boleh stop benda tu 100% tapi kita boleh bimbing dan tuntun supaya ianya terkawal dan tak melampaui batas

4. Jangan anggap anak tu nakal

  • Anak mengamuk dan tantrum tak semestinya anak nakal
  • Anak tantrum adalah anak yang masih dalam proses untuk belajar ‘self regulation’ dan ‘communication’

5. Jangan malukan mak ayahnya di depan umum

  • Walaupun di mata kita, kita nampak mak ayah tu tadi macam tak pandai kawal anak, kita tetap kena bersangka baik
  • Kita kena ingat, anak anak tantrum ni dan mengamuk ni banyak sebabnya
  • Boleh jadi ianya disebabkan keperluan fisiologinya tak dipenuhi seperti tak cukup tidur, lampin penuh, lapar ataupun kepanasan
  • Boleh jadi juga kerana ransangan sekeliling terlampau banyak. Contohnya bunyi bising ataupun cahaya lampu yang terlalu berkelip dan terang
  • Jadi tak adil kita nak menghakimi mak ayah hanya kerana anaknya mengamuk

p/s : Tapi kalau dah tahu anak kita suka tantrum, kita elakkan ke tempat-tempat yang boleh mengganggu orang lain ye. Kita saling memahami, itu yang terbaik.

sumber; Dr Taufiq Razif

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*