JANGAN paksa anak-anak tidur, ini tips dikongsi oleh ibu ini…

Menyuruh anak masuk tidur dan terus tidur, adalah salah satu cabaran terbesar bagi kebanyakan ibu bapa baru.

Disebabkan masalah ini, ada ibu bapa yang terpaksa menggunakan cara kekerasan supaya anak akur dan berhenti bermain. Masalah ini juga akan meninggalkan trauma kepada anak dan mereka rasa waktu tidur adalah satu paksaan buat diri mereka.

Tidak sekadar itu sahaja, dahlah tidur lewat lepas tu berjaga pula tengah malam. Memang kalau ibu bapa yang bekerja, pagi-pagi mood pun dah tak elok.

Perkongsian dari ibu ini, Nuraisyah Abu Husin nyata boleh membantu ibu bapa yang susah nak disiplinkan waktu tidur anak. Cuba dahulu mana tahu berkesan kan!

Berikut antara perkongsian Nuraisyah melalu facebooknya:

Selalu kawan-kawan  tanya, apa yang aku buat sampai anak-anak aku  akan tidur setiap hari jam 7.40-8.30 malam. Dulu, aku pun tak tahu tip ni.. masa adam kecik dulu, selalu sangat dia terjaga malam atau tidur lambat.. Kesudahannya pagi esok aku dan laki aku jadi zombie.. dia sedap tido pagi.. kitaorag? kena keje kan..

Oleh kerana tidak mahu berterusan, banyak tip dari ibu bapa dicuba dan alhamdulillah membuahkan hasil. Sekarang ni dah berbulan-bulan anak disiplin tidur awal. Kami pun dapat ‘me-time’ selalu. Caranya begini:

1) Kalau balik kerja pukul 5/6 petang tu memang kena luang masa betul-betul dengan anak. Tolak benda lain ketepi, ajak la anak main kat playground ke, main basikal ke, menari ke, apa-apa aktiviti yang memerlukan tenaga banyak. Ini untuk anak yang dah pandai berjalan.

2) Untuk baby macam ayra (5mo), aku cuba cara ni dan sangat-sangat la berkesan.. Sejam sebelum nak tidurkan dia, mandikan dulu dengan air suam, jangan lupa sapu minyak telon. Kena jaga perut baby supaya tak kembung. Lepas tu sila buat dia ketawa. Ketawa, guling-guling(bukan tinggalkan dia main sendiri ye, kita kena layan dia). Aktiviti ni heavy untuk baby, bagi dia macam ahhhh penatnya.. Jadi smpai masa dia akan tidur lena.

3) Balik semula untuk anak umur macam adam (1y11m), bagi dia makan kenyang-kenyang dalam pukul 7 tu.. Ada masa anak tak nak makan kan? Benda ni akan ganggu masa tidur dia, sama ada dia tak boleh tidur sebab perut lapar atau dia tidur dulu lepas tu terbangun tengah malam. Kitaorang selalu dah terkena, jadi kalau tiba-tiba adam tak nak makan malam, kita orang bagi dia pisang. Pisang boleh buat perut dia tahan sampai esok (in between malam tu dia menyusu la)

4) Ibu dan ayah kena berkorban masa malam.. nak mula benda ni bukan mudah.. Nak biasakan anak-anak dengan satu perkara ni makan masa, jadi kalau nak anak tido awal.. malam ibu ayah tak payah la keluar rumah.. kalau nak makan malam kat luar kena keluar betul-betul lepas maghrib dan usahakan untuk balik awal.

5) Masa tido buka surah ruqyah (set repeat sampai esok pagi) ni boleh lindungi anak-anak dari gangguan tengah malam. Sebab pernah terbaca jika anak bangun tengah malam tu maksudnya ada “benda halus” kejutkan ajak main/ganggu. Wallahualam.

6) Pastikan lampu tutup ye. Selagi lampu bukak selagi tu anak susah tidur.. Untuk ibu bapa yang ada 2-3 anak, cuba tidurkan dulu yang kecik.  Macam aku tidurkan ayra dlu, baru adam. Masa aku tidurkan ayra tu ayah sambung buat adam penat, bagi dia lari-lari satu rumah dan gelak ketawa

Boleh cuba ye ibu ayah semua.. nak disiplinkan ni sebulan je lepas tu merdeka la.. Anak-anak kami memang dah tune, pukul 8.30 dah kesat-kesat mata tu kira paling lambat. Kecuali  dia balik rumah tok nenek dan jumpa sepupu-sepupu tu memang tak boleh halang. Sebulan sekali kan.

Ni tip dari pengalaman kami sendiri. Tip ni kena kerjasama suami isteri ye. Tapi nak pesan awal, anak yang tidur awal ni mereka akan bangun awal. Pukul 5-6 pagi mata dah segar bugar.

credit source link: pa&ma

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*