Jika Diambil Tindakan, Kerajaan Terengganu Sedia Terima Dr Nur Ilyani

N13 Kuang : Ustaz Fauzan

Rezeki Allah ada dimana-mana, tetapi hak Allah wajib setiap Muslimin diperjuangkan dan dipertahankan.

Tahniah kerajaan Terengganu yang menawarkan jawatan kepada Dr Nur Ilyani yang bakal dikenakan tindakan tatatertib gara-gara menegur anak PM yang terkenal sebagai pejuang Liber@l dan songsang.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata, Dr Nur Ilyani yang kini bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu, Kelantan akan ditawarkan berkhidmat di hospital milik anak syarikat kerajaan negeri sekiranya beliau hilang jawatan kerana isu itu.

“Jika Dr Nur Ilyani dikenakan tindakan termasuk dibuang kerja selepas surat terbukanya diadukan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA), kerajaan negeri sedia mempertimbangkan jawatan untuk beliau bertugas di hospital milik anak syarikat kerajaan negeri,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO, di sini, hari ini.

sumber; N13 Kuang : Ustaz Fauzan</a.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*