Jika Mengandung Luar Nikah, Jangan Didesak Untuk Bernikah Kerana…

PPIM LAMAN-SERi

Oleh kerana telah terlanjur dengan kenalan atau kawan yang baru dikenali, selalunya keluarga akan mendesak lelaki itu agar bernikah supaya bertanggungjawap atas perbuatannya.

Hanya kerana telah mengandung, lelaki itu didesak bernikah. Lelaki memang suka la sebab tidak perlu keluarkan kos yang tinggi.

Saya nasihat, jangan la.

Related image
utaranews.com

Tidak kira sudah terlanjur dan mengandung, mesti kena siasat juga siapa lelaki yang nak dikahwini. Jangan paksa lelaki tu menikahi semata mata sebab dah mengandung.

Siasat dulu latar belakang pekerjaan dan keluarganya. Jangan sudah tersilap terus melakukan kesilapan. Sudah jatuh kemudian ditimpa tiang pulak.

Selalunya masa berkawan nampak baik dan tunjuk baik. Sekali dah bernikah, dah terikat rupanya suami tu kaki judi, tikam ekor, ambik ganja, kaki pukul, banyak hutang dan main ramai perempuan.

Kalau awal awal keluarga sebelah lelaki tak suka pun jangan desak nak kahwin, nanti ada masalah dalam rumah tangga keluarga mertua tidak mahu ambik peduli. Sebaliknya dihina hina.

Sebelum Ramadhan saya telah dihubungi oleh seorang ibu tunggal, memohon bantuan kewangan kerana bekas suami banyak hutang dengan ahlong. Semua hutang dengan ahlong ahlong diletakkan nama isteri sebagai garentor. Siapa bagi salinan kad pengenalan isteri dan alamat isteri dan keluarga tinggal.

Oleh kerana bernikah secara paksa kerana telah terlanjur dan mengandung, selepas melahirkan diceraikan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dalam tempoh masih ikatan pernikahan, barulah isteri tahu siapa lelaki yang jadi suaminya. Tidak bekerja, nak duit pinjam ahlong, kemudian berjudi . Minta duit isteri, tak beri dipukul dibantai lebam sana sini dan akhirnya bercerai. Sepanjang tempoh ikatan pernikahan isteri tidak tahu suami menggunakan nama dan nombor pengenalan sebagai garentor.

6 bulan selepas bercerai, bekas suami menghilangkan diri. Ahlong ahlong cari tak jumpa. Bila tak jumpa peminjam, ahlong cari garentor. Ahlong ugut garentor bayar pokok yang tak luak bersama bunga. Selama ni peminjam cuma bayar bunga. Bila peminjam tidak ditemui, ahlong minta garentor bayar semua sekali pokok dan bunga. Ahlong ugut keselamatan keluarga garentor. Mahu tidak mahu garentor kena usaha bayar sebab salinan kad pengenalan garentor ada pada ahlong.

Image result for suami hutang along
LAMAN-SERi

Saya sudah usaha bantu bayar selesaikan hutang dengan satu ahlong, kemudian ada lagi ahlong lain tuntut hutang.

Nanti selesai bayar hutang ahlong ni, akan ada ahlong lain pula datang tuntut hutang.

Yang jadi mangsa ialah bekas isteri sebagai garentor. Ugutan kepada keluarga terutama anak. Seorang ibu pula, apabila anak menjadi ugutan, akan berusaha dengan apa cara sekali pun untuk memastikan keselamatan anak. Pendapatan garentor bukan banyak mana pun cukup untuk beli susu dan lampin anak. Tu yang memohon bantuan selepas buntu bagaiman cara menjelaskan hutang kerana ahlong memberikan tempoh. Jika tempoh ditangguh tangguh, akhirnya nanti ahlong akan bertindak juga.

Sampai bila nak lepas masalah ini ?

Jadi sudah tersilap sekali jangan diteruskan silap yang lain. Sudah susah jangan ditambah susah yang lebih menyukarkan.

sumber; Baitus Solehah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*