Kagum! Neelofa Bakal Bergelar Pengasas Pusat Al-Quran

Hangat.com

Terlalu banyak kritikan yang dilemparkan oleh netizen tentang penampilan pengacara dan usahawan terkemuka ini. Walaubagaimanapun, kritikan negatif itu semua tidak menghalang Neelofa untuk mengorak langkah ke depan dan mendalami ilmu agama. Menurut laporan dari Utusan Online, Neelofa menyimpan hasrat untuk membuka sebuah pusat Al-Quran yang sudah lama diimpikan.

hangat.com

“Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu.

“Tapi biasalah, saya mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum saya menunaikan impian tersebut. Doakan saya semoga urusan itu dipermudah,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.

Beliau ditemui ketika menghadiri pentas akhir Pencarian Gadis Panca-NR 2017 di Ibu Pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini kita baru saja dengar khabar gembira dari juwatan kosmetik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr. Vida yang akan merealisasikan hasratnya untuk membuka sebuah pusat tahfiz moden.

Sumber Utusan Online

link sumber; infoje

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*