Kajian Mendakwa Grand Design PH Bukan Hanya Target BN Tetapi Juga PAS

suara biru

Setelah dikaji dan diteliti dari permulaan perpecahan PR, saya ringkaskan di sini, sebenarnya PH memang target nak jatuhkan PAS sekali.

Sebab itulah PH sebarkan terlalu banyak fitnah terhadap PAS dan TGHH.Bermula dari perkataan yg di sebut oleh pemimpin DAP iaitu Hadi sudah joint BN (UG),perkataan ini disebut dan di tulis oleh penyokong dan Cyber Trooper PH setiap hari selama bertahun² tanpa henti hinggakan perkataan ini berakar dalam hati dan sentiasa bermain diminda masyarakat majmuk di seluruh Negara selain mencipta tuduhan baru 90 juta melalui SR.

Image result for fitnah pas dapat 90 uta
Malaysian Access

PH cipta tuduhan PAS bersekongkol 1MDB.Semua itu dimainkan tanpa henti oleh PH bagi tujuan masyarakat pandang kelakuan PAS dan BN sama.

Image result for pas bela najib 1 mdb
Amanah Daily

Setelah itu PH bergerak keseluruh tanah air tanpa henti menghabiskan wang yang begitu banyak dan menyampaikan hujah kepada rakyat dgn mengaitkan PAS dgn BN.

Akhirnya usaha keras PH ini di sambut oleh masyarakat dgn perasaan yg amat marah dan benci kepada BN dan PAS tanpa usul periksa lebih² lagi kaum Cina seluruh Negara yg terbukti memberikan undi solid kpd PH!

PH sebenarnya bergerak keseluruh Negara dgn membawa persepsi yang di ulang² oleh semua masyarakat yg menyokong PH dan yg anti Najib,akhirnya PAS menjadi mangsa persepsi dan akhirnya bertukar menjadi fitnah yg sangat tular dan tidak dapat di kawal hingga ke hari ini.Masyarakat tak sabar mengundi hanya untuk memangkah selain PAS dan BN.

Ini terbukti berlaku di satu kawasan di KL,yg mana calon PKR sdh terbatal percalonan,tinggal calon Bebas,PAS dan BN tapi masyarakat tak undi Pas..sebaliknya memberi undi yg besar kepada Bebas yg mereka tak kenal langsung.
Dan sekarang selepas mereka berjaya dgn misi mereka tiada lg kedengaran istilah UG,terima duit umNO yg nyata terbukti merekalah yg membentuk kerajaan melalui pintu blkg dgn berUG dgn umNO di 5buah Negeri dan ada diantara YB umNO yg mnyatakan mereka ditawarkan dgn Jutaan ringgit utk bersama PH membentuk Kerajaan.

Image result for calon bebas parlimen batu menang
YouTube

Inilah bukti kejayaan PH menyebarkan dakyah kebencian terhadap siapa saja yg tidak bersama mereka. Kita umat Islam wajib percaya pada janji Tuhan, Apa guna kita di kurniakan oleh Tuhan kemenangan dalam keadaan di Murkai Tuhan…?? Islam suruh kita berusaha,tetapi usaha yg di redhai Allah SWT.

Apabila kita usaha dgn cara yg zalim,fitnah Alim Ulama’, hinggakan TGHH langsung tidak di hormati oleh non muslim malahan muslim sendiri tumpang tiga mangkuk menghina Alim Ulama’ yg menjunjung Kalamullah dalam hidupnya,akhirnya Tuhan kurniakan mereka semua yg terlibat memfitnah ini satu kejayaan yang besar yang mereka idam²kan selama ini.

Sesungguhnya PAS sdh biasa dgn kekalahan sejak berdekad lalu, tiada istilah kecewa selagi dakwah dan wadah yg dibawa sampai kpd sasarannya namun berhati-hatilah dgn kejayaan yang di perolehi dgn jalan yg hina.

Walaupun di sebut sebagai perjuangan rakyat,disebut sebagai melawan rasuah dan kezaliman,
Tapi Allah SWT tidak akan redha perjuangan itu di lakukan dgn jalan yg salah,Allah SWT Kurniakan kemenangan atas sebab usaha keras yg dilakukan,tetapi adakah kejayaan itu tanda Allah redha…?
Bagaimana pula dgn langgar sumpah Bai’ah..?Adakah Allah redha…?

 

Image result for fitnah terhadap presiden pas
Hassan Omar

Kita tak dapat bayangkan betapa ramainya umat Islam yg bersekongkol menyambung²,berkongsi² secara berterusan persepsi dan fitnah yg mereka sendiri pun tak tahu asal usulnya,bayangkanlah fitnah itu menjadi perbualan dalam keluarga anak bini saudara mara,kawan² di merata² tempat tanpa henti..bayangkanlah itu semua akan berterusan menjadi saham di akhirat kelak selagi kesan benci di hati masyarakat tak hilang…. Allahuakbar.. Sangat ngeri…

Ingatlah…
Sesungguhnya jika kita terlalu mengejar dunia melampaui batasan Agama,dgn mnghalalkan segala cara demi matlamat ke Putrajaya..dibimbangi kejayaan yg di kurniakan oleh Allah itu MUNGKIN ISTIDRAJ kpd kita..Nauzubillah.

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Wallahua’lam.

sumber; عمرمختار ال قدري

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*