Keluhan pekerja MMC-Gamuda yang bakal kehilangan mata pencarian…

Hafizi Asmuni

Sedih. Pilu. Kesal. Bimbang.

Tiada perkataan yang cukup untuk menggambarkan perasaan saya dan 20,000 individu lain yang turut sama terlibat secara langsung dengan projek MRT2 pakej “underground” yang dikhabarkan akan ditender semula kepada syarikat luar negara.

MMC-Gamuda (MGKT) adalah sumber pendapatan kami, periuk nasi kami. Penamatan kontrak MGKT adalah sesuatu yang mengejutkan, saya percaya kebanyakan daripada semua yang terlibat masih bingung memikirkan apa yang akan terjadi.

Masing-masing mempunyai komitmen sendiri, perut untuk diisi, mulut untuk disuap, yang mana kesemuanya bakal terjejas selepas kehilangan punca pendapatan secara mengejut.

Image may contain: text

Tidak pernah sekali terlintas di fikiran yang kami akan kehilangan punca pendapatan seperti ini. Sebagai seorang bumiputera, melayu, yang sebelum ini berbangga mencurahkan tenaga, kuderat, dan jasa dalam membangunkan negara sejak projek MRT1 6 tahun lalu, tiada lagi yang dapat dibanggakan apabila satu-satunya mata pencarian hilang dek kerana penamatan kontrak MGKT ini.

Saya sentiasa percaya rezeki itu milik tuhan. Mungkin di luar sana masih ada rezeki menanti, namun semua itu tidak dapat menghentikan kebimbangan dan berfikir apa yang bakal terjadi esok.

Image may contain: 1 person, smiling, text

Kepada mereka yang mempunyai kuasa, penjimatan kos perbelanjaan negara itu kami terima dan faham, tapi siapa pula yang akan faham isi hati dan kebimbangan kami yang bakal kehilangan kerja ini? Apa yang patut kami katakan kepada keluarga, isteri, anak-anak kami di rumah yang kami tinggalkan hari ini demi mencari sesuap nasi buat mereka? Sedih…

sumber; Hafizi Asmuni 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*