Kenali jenis KOMANDO di Malaysia

Syahril A. Kadir

Hari ni nak share pasukan komando yang kita ada di Malaysia ni. HANYA ini pasukan komando kita, kalau grup lain yang ko pernah dengar tu, dia dipanggil pasukan elit, bukan pasukan khas macam komando ni.

Beret Biru: PASKAU (Pasukan Khas Udara TUDM)
Beret Hijau: GGK (Grup Gerak Khas TENTERA DARAT)
Beret Kelabu Pasir: VAT 69 ( PDRM)
Beret Reddish Purple: PASKAL (Pasukan Khas Laut TLDM)

Walaupun pasukan mereka ada fungsi berlainan tetapi setiap daripada mereka menjalani latihan asas komando yang cukup lasak dan seksanya ‘luar biasa’ sebelum dianugerahkan beret pasukan masing-masing.

Ramai yang tanya, dalam keempat-empat perkhidmatan ini, pasukan komando mana yang paling hebat?

Bagi abam tak payah buang masa memikirkannya, sebab apapun cabang perkhidmatan mereka, anggota komando memang dilatih setiap waktu dan setiap saat untuk menghadapi apa juga kesukaran baik di laut, air dan udara!

sumber; Syahril A. Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*