“Kenapa Saya Yang Dikecam Orang Lain Buat Tak Kena Kecam Pulak” – Ini Respon Jutawan Kosmetik Selepas Dikecam Hebat Netizen

http://www.kakishare.tv

Nama Dato’ Aliff Syukri tidak asing lagi buat netizen. Apa saja tindak tanduk jutawan itu sering kali menjadi perhatian umum dan jika tidak kena gaya kecaman netizen pasti menyusul yang menunggu kesalahan yang dilakukan oleh usahawan kosmetik ini.

Terbaru, gara-gara memuat naik video sedang mengira wang bernilai hampir setengah juta di atas meja telah menimbulkan rasa tidak puas hati netizen.

Isu tersebut juga mendapat perhatian Ustaz Ahmad Husam yang turut menegur tindakan keterlaluannya itu.

“Jikalau Dato Seri biasa mendengar nama dan gelaran seperti Qorun, Syadad dan Firaun. Mereka ini adalah diantara orang kaya yaang Allah binasakan.”

“Saya memohon Allah jauhkan Dato Seri daripada musibah tersebut. Saya mohon maaf seandainya posting saya ini kurang adabnya.”

“Hanya ini sahaja saluran yang saya ada untuk menyampaikan nasihat ini kepada Dato Seri, sebab diantara kita tiada cara untuk berhubung.”

“Nasihat ini pun dibuat selepas saya menunggu tokoh-tokoh agamawan yang lain dahulu memulakanya, tetapi sayang, belum ada yang melakukanya, akhirnya saya terpaksa juga mengalasnya.”

Namun, setelah teguran itu menjadi perhatian netizen, Dato’ Aliff tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar dengan memuat naik satu status di laman Instagramnya.

Rata-rata netizen turut berpendapat penyanyi lagu “Abang Nak Tegur” ini supaya dapat bersabar dengan kecaman netizen dan ini semuanya adalaah ujian dari Allah dengan kekayaan yang melimpah ruah.

sumber;  www.kakishare.tv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*