Kerajaan pertahan keputusan lantik Suarez sebagai Duta Pelancongan kerana ramai pengikut

http://antarapos.com
KUALA LUMPUR: Pelantikan bintang bola sepak Barcelona, Luis Suarez dilakukan kerana personaliti berkenaan mempunyai ramai pengikut di media sosial.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata ketika mempertahankan keputusan kerajaan terhadap pelantikan Suarez berkata berdasarkan prestasi semasa kelabnya dan popularitinya, pemain bola sepak itu mampu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
Suarez mempunyai seramai 25.3 juta pengikut di Facebooknya, 18.9 juta di akaun Instagram manakala 12.4 juta lagi pengikut di Twitter.
Menjelaskan kontroversi Suarez yang pernah menggigit pemain lawan ketika perlawanan bola sepak. Nazri berkata ia tidak adil untuk menghukum pemain itu sebagai tidak berdisiplin.
“Ahli Parlimen pun kadangkala bermasalah tetapi masih ada pengikut, kita kena rujuk statistik.
“Kalau dia jahat bagaimana boleh mempunyai ramai pengikut di laman-laman sosial,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian yang bertanyakan alasan mengapa kementerian melantik pemain itu sebagai duta pelancongan dalam sesi pertanyaan di Dewan Rakyat hari ini.
Nazri dalam pada itu berkata Suarez juga akan berperanan untuk mengeluarkan kata-kata bagi mengajak pelancongan antarabangsa ke negara ini, terutamanya daripada China yang dianggarkan berjumlah lebih 400 juta yang mengikuti Liga Sepanyol.
Katanya, Suarez juga dijadualkan melancong ke Malaysia selepas tamat Piala Dunia 2018 dan jumlah yang dilaburkan untuk pengiklanan pemain itu sebagai duta adalah sebanyak RM7.5 juta.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*