Kerana mencukur bulu kemaluan, wanita ini koma 9 hari dan nyaris maut!

my.theasianparent.com

Sebahagian wanita suka jika bahagian intimnya bebas dari bulu. Sebab itu ada yang melakukan teknik waxing mahukan mencukur bulu kemaluan untuk memastikan kawasan di bawah itu “bersih dari semak”.

Namun, anda pasti ingin lebih berhati-hati ketika mencukur bulu kemaluan selepas membaca kes wanita ini. Beliau hampir maut gara-gara bikini shave!

Wanita koma kerana mencukur bulu kemaluan

Dana Sedgewick dilaporkan koma selama 9 hari malah hampir kehilangan kedua-dua kakinya semata-mata kerana insiden mencukur bulu kemaluan. Bagaimana hal ini berlaku? Adakah Dana memakai mata pisau cukur lama?

Tidak! Dana memakai pisau cukur baru untuk mencukur bulu kemaluannya. Namun beliau salah satu langkah.

Beliau mencukur bulu kemaluan dengan jerawat yang ada di sana. Beliau tidak sedar jerawat itu berdarah dan mendatangkan jangkitan.

“Saya tidak memikirkannya sangat sebab selama ini saya memang akan selalu rasa gatal-gatal dan naik ruam selepas bercukur,” jelas Dana kepada Metro.

mencukur, mencukur bulu kemaluan, mencukur bulu kemaluan saat haid, mencukur bulu kemaluan sebelum nikah, mencukur bulu kemaluan menurut islam, mencukur bulu kemaluan saat hamil, mencukur bulu kemaluan dengan veet, mencukur bulu kemaluan semasa pantang, mencukur bulu kemaluan wanita agar tidak gatal, mencukur bulu kemaluan ketika haid, cukur bulu kemaluan, cukur bulu kemaluan dalam islam, cukur bulu kemaluan semasa mengandung, cukur bulu kemaluan semasa pantang, cukur bulu kemaluan sebelum bersalin, cukur bulu kemaluan gatal, cukur bulu kemaluan sebelum menikah, cukur bulu kemaluan sampai botak, cukur bulu kemaluan tanpa gatal, cukur bulu kemaluan sakit
Tanpa Dana sedar, jerawat itu tadi berkembang menjadi necrotizing fascitis, sejenis infeksi yang dipanggil sebagai pemakan daging/organ. Infeksi ini menyebabkan Dana koma!

Tragedi ngeri selepas mencukur bulu kemaluan

Ketika menceritakan kembali bagaimana detik-detik beliau hampir maut dek tindakan mencukur bulu kemaluan itu, Dana sebak. Begini ceritanya.

Dua hari selepas bercukur, Dana mula pening dan mual. Beliau pergi berjumpa doktor yang kemudiannya mengambil sampel dari area “bawah” beliau untuk antibiotik.

Namun, doktor itu mengesyaki tanda-tanda jangkitan ringan. Keesokan harinya, Dana ditemui terbaring dengan kakinya penuh ruam merah.

Tidak lama selepas itu, doktor terbabit menelefon Dana untuk memberitahu yang mungkin tanda jangkitan ringan itu adalah jangkitan serius. Dana diminta untuk segera ke hospital!

Infeksi pemakan daging selepas mencukur bulu kemaluan

Sebelum sempat Dana ke hospital, beliau pengsan. Dana disahkan terkena jangkitan kuman yang parah.

Bakteria selepas cukur bulu kemaluan itu berkembang dan melepaskan racun yang menyerang kulit lembut di sekitarnya. Kaki Dana berwarna hitam seakan-akan daging busuk.

Dana kemudiannya menjalani pembedahan untuk membuang sebahagian daripada kulitnya yang rosak. Doktor menggantikan ia dengan kulit sihat dari bahagian punggung.

mencukur, mencukur bulu kemaluan, mencukur bulu kemaluan saat haid, mencukur bulu kemaluan sebelum nikah, mencukur bulu kemaluan menurut islam, mencukur bulu kemaluan saat hamil, mencukur bulu kemaluan dengan veet, mencukur bulu kemaluan semasa pantang, mencukur bulu kemaluan wanita agar tidak gatal, mencukur bulu kemaluan ketika haid, cukur bulu kemaluan, cukur bulu kemaluan dalam islam, cukur bulu kemaluan semasa mengandung, cukur bulu kemaluan semasa pantang, cukur bulu kemaluan sebelum bersalin, cukur bulu kemaluan gatal, cukur bulu kemaluan sebelum menikah, cukur bulu kemaluan sampai botak, cukur bulu kemaluan tanpa gatal, cukur bulu kemaluan sakit
Selepas pembedahan terbabit, Dana tiba-tiba diserang sepsis pula! Doktor mengatakan beliau hanya ada 30% peluang untuk hidup.

 

“Ketika saya sedar dari koma, saya lihat kaki saya terbalut. Saya ingat yang saya kemalangan. Tapi doktor tiba-tiba tanya adakah saya bercukur baru-baru ini. Ketika itu baru saya ingat yang saya pernah mencukur bulu.

Doktor mengatakan luka di celah kangkang saya telah terkena jangkitan dan saya bertuah kerana masih kuat untuk hidup,” ujar Dana.

Selepas menjalani hampir 21 pembedahan, Dana kini telah dipindahkan ke unit kecederaan akibat kebakaran di hospital. Beliau masih dalam proses pemulihan.

5 perkara anda harus tahu tentang mencukur bulu kemaluan

Sebelum anda terus takut untuk mencukur bulu di kawasan bawah itu, apa kata anda baca 5 perkara ini dulu dan mengambil langkah berjaga-jaga:

1. Jangan mencukur dengan terburu-buru

Ya, mungkin anda nak cepat. Tapi jangan sanggup mengambil risiko untuk terkena jangkitan semata-mata kerana anda mahu cepat mencukur.

Mencukur bulu kemaluan harus menjadi satu aktiviti terakhir selepas mandi. Ini kerana ketika mandi, folikel rambut akan menjadi lembut hingga mampu mengurangkan iritasi jika bercukur.

Sebelum bercukur, sebaiknya exfoliate dulu atau kupas kulit di sekitar area yang diingini dengan scrub badan.

2. Guna pisau cukur yang baru dan bersih

Salah satu kesalahan wanita adalah memakai pisau cukur recycle kerana ingin berjimat. Jangan begitu, ya!

Pastikan anda mencukur dengan pisau cukur yang baru dan bersih. Anda juga perlu memakai krim cukur yang berdasarkan air. Hati-hati ketika bercukur!

3. Trim dulu sebelum cukur licin

Beli gunting kecil untuk trim bulu-bulu kemaluan yang panjang. Dengan cara ini, pisau cukur takkan bekerja keras untuk mencukur hutan “Amazon” anda.

Trim bulu kemaluan juga membuatkan proses mencukur jadi lebih cepat dan tepat.

4. Jangan bercukur kering

Anda nak cepat ke pantai dan ingin mengenakan pakaian renang, tapi anda baru teringat lupa shave? Jangan tergesa-gesa bercukur dalam keadaan kering!

Sebaiknya, guna kain lap yang telah dibasahi dan lembabkan kawasan yang ingin dicukur. Selepas beberapa minit, baru cukur!

Membasahi kawasan yang ingin dicukur mampu mengelak rasa gatal-gatal atau ruam yang menjengkelkan itu.

5. Jangan pakai pakaian dalam yang salah selepas bercukur

Selepas bercukur, anda mungkin akan mengalami kulit mengelupas dan rasa gatal-gatal. Jangan pakai pakaian dalam yang terlalu ketat dan berenda selepas bercukur.

Sebaliknya, ganti kepada seluar dalam yang lebih longgar dan selesa.

Semoga kisah ini dijadikan pengajaran untuk kita lebih berhati-hati ketika mencukur.

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Indonesia

sumber; my.theasianparent.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*