Kes Bakar Tahfiz Ittifaqiah : Remaja Dilepas, Dibebaskan Tuduhan…

www.menara.my

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, melepas dan membebaskan seorang lagi remaja lelaki yang sebelum ini ditahan berhubung kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Majistret Umzarul An Nur Umar membuat keputusan itu terhadap Mohamad Shahrul Nizam Ikmal Shafi-in, 18, selepas pihak pendakwaan menarik balik tuduhan berikutan laporan patologi dari Makmal Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan bacaan negatif.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohamad Shahrul didakwa atas dua tuduhan memasukkan dadah ganja dan syabu ke dalam badan di tandas Pejabat Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, jam 11.35 pagi, pada 16 September lalu.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa, manakala peguam Ram Karpal Singh bertindak mewakili tertuduh.

sumber: https://www.menara.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*