Kisah Baitus Solehah; Jangan Terlalu Asyik Dengan Drama Jam 7, Husna, Budak 13 Tahun Lahirkan Anak

Baitus Solehah

Ni mangsa pedo. Budak ni di’grooming’ dari sebelum ambik upsr. Bila umur 13 tahun dah mengandung. Budak tu happy je sebenarnya sebab dia tak tahu akibat.

Best apa ada lelaki sebaya bapa belai, peluk, sentuh dan akhir sekali barulah bersetubuh. Bersetubuh ni babak akhir setelah mangsa terkulai manja.

Kesian tak, budak kecik dah kendung anak. Ni gambar saya ambik waktu dia nak mandi anaknya. Terpaksa berjengket sebab masih rendah. Pendek. Ketinggian belum cukup. Masa mengandung sedih tengok budak kecik perut terjungkit kedepan.

Baitus Solehah

Di sini mereka perlu berdikari. Kena urus anak sendiri. Ada kawan sebelahnya perhati, tunjuk ajar supaya budak ni lakukan dengan betul.

Apa emak emak rasa bila tengok budak umur 13 tahun kendung anak? Adik ke anak?

Walaupun budak, fitrahnya seorang perempuan mengandung dan melahirkan anak, air susu tetap ada dan mewah. Anaknya menyusu susu ibu.

semasa viral

Masih ada 4 mangsa pedo belum melahirkan. 2 orang budak dah melahirkan anak.

Ini lah bukti pedo makin bermaharajalela. Tahun lepas saja berapa ramai mangsa pedo melahirkan anak di sini.

Emak, emak…jangan lena. Jangan sebuk dengan kisah husna.

Bangun, bangun…

sumber; Baitus Solehah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*