Kisah Benar; Pemuda Menangis Ketakutan Seolah2 Kena Rasuk Setelah Bermimpi Disiksa Di Alam Kubur Kerana…

Masjid Jamek Bandar Baru UDA

Hari ini aku terkenang almarhum ayahku ketika hari-hari akhir dalam hidupnya berbual dengan bapa saudaraku. Ayahku berkata “menghadapi mati itu tidaklah membimbangkannya sgt krn semua akan mati, tetapi yang amat ditakutkan adalah siksa kubur”. Ayahku pun menangis sekuat-kuatnya. Aku yg berada sedikit jauh daripadanya bergegas mendekatinya. Bapa saudaraku memujuk ayahku dgn janji rahmat Allah utk org2 baik. Sungguh, siksa kubur amat menakutkan.

Kisah ini kembali ke benak ingatanku, krn hari ini aku didatangi seorang remaja bersama dengan ibunya menangis ketakutan, tidak mampu untuk berkata apa-apa. Aku menyangka dia dirasuk. Setelah Ruqyah dibacakan dia masih lagi dalam keadaan sebegitu seolah-olah jin yang ada dalam tubuhnya terlalu liat untuk keluar. AKu kehairanan. Namun setelah beberapa usaha dilakukan dia kembali tenang, aku yakin itu kesan mukjizat alQuran.

Aku bertanya kenapa terjadi sebegitu, dia menjawab. Ustaz! ” Malam tadi saya pulang daripada minum-minum bersama dengan kawan2 pukul 4 pagi. Saya pun tidur dan bermimpi saya mati. Kemudian saya dimasukkan dalam satu tempat yang amat gelap”.

Dia menangis tak mampu bercerita. Saya meneka, ” kemudian, Malaikat dtg pukul kamu? Dia mengangguk, ” dia pukul dgn kuat? Dia mengangguk, “Dia pukul dgn kayu?, dia menggeleng, ” dgn rantai,” dia terus menangis. Tgnnya terketar2.

PINO GALIPAT Riautrust.com

Saya pun gosok blkgnya sambil berkata ALLAH syg awak. “Jgn bimbang, awak jaga solat baik2” . Dia mengangguk faham. Saya terus menasihatinya bab solat

Setelah nampak dia makin reda, saya bertanya lagi, apa lagi yg awak mimpi? “Ada ular besar dtg” kemudian dia menangis lg. Saya tenangkan dia. Saya kata. ” Saya kenal awak ni budak baik. Ayah awak biasa beritahu saya, awak ringan tulang, suka tlg mak ayah, mak ayah awak cakap, awak anak yg patuh. Tp, awak tak solat kan? Dia angguk,” bila kali terakhir solat? ‘Saya solat Jumaat aje ustaz.” Lps ni, saya harap awak jaga solat 5 waktu. Balik rumah kejap lg, awak solat Subuh, dan doa taubat byk2.

USTAZ, satu lg, slps mimpi, saya asyik dgr bisikan, “dtglah menghadap Tuhanmu”., Saya takut la Ustaz. Saya senyum. “Takut apanya itulah makna Hayya alassolah. Awak tak faham bilal azan, Allah hantar bilal lain ingatkan awak.”

MOGA REMAJA ITU MENERIMA HIDAYAHNYA

 

sumber; mohdrifqi.myiddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*