Kisah Benar Sebatang Pokok Yg Meratap Tangis Kerana Cintanya Kpd Rasulullah s.a.w

KERINDUAN POKOK TERHADAP RASULLULLAH S.A.W

Hadis daripada Anas bin Malik ra:

“ Sesungguhnya Nabi saw berdiri pada hari Jumaat menyandarkan belakangnya kepada tunggul pohon kurma di Masjid Nabi. Nabi saw berkhutbah kepada manusia. Selepas itu, seorang lelaki berasal dari Rum berkata “ Adakah kamu hendak aku buatkan minbar yang boleh kamu duduk disitu dan ianya sempumpama kamu berdiri?”

Lalu lelaki itu membuat mimbar yang ada dua anak tangga dan duduk ditingkat yang ketiga. Apabila Nabi saw duduk di atas mimbar, pokok menguak seperti lembu menguak sehingga bergema masjid. Suara ini kerana sedih Rasulullah saw meninggalkannya. Lalu Rasulullah saw turun mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menguak. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi saw. Kemudian Nabi saw bersabda:

أما والذي نفس محمد بيده لولم ألتزمه لما زال هكذا إلى يوم القيامة حزنا على رسول الله

“Demi tuhan yang mana diri Muhammad berada dalam kekuasaannya, kalau aku tidak mendakapnya, nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah hari kiamat. Ini kerana kesedihannya terhadap Rasulullah saw.”

Hadis riwayat Bukhari – sahih

Hasan al-Basri akan menangis setiap kali meriwayatkan hadis ini. Beliau berkata:

“Kayu merengek kepada Rasulullah saw kerana rindukan Rasulullah saw kerana kedudukan baginda. Kamu lebih patut merindui untuk bertemu Rasulullah saw.”

– KITA TIDAK LAYAK DIGELAR PECINTA RASUL SEDANGKAN TIDAK MAMPU MENANGIS KERANA MERINDUI RASUL. TIDAK MENANGIS KERANA TIDAK MEMAHAMI AJARAN RASUL. TIDAK MENANGIS KERANA TIDAK MENGAMALKAN DAN MEMPERJUANGKAN AJARANNYA. TIDAK MENANGIS KERANA TIDAK BERBUAT APA2 SEMASA RASUL DIHINA.

Kesimpulan: Mampukah dan ikhlaskah kita menangis sepertimana baginda menangis mengingati kita. Dalam hadis sahih Muslim, Nabi saw berkata:

“Ummatku, Ummatku.” Sehingga menangis (kerana mengenang nasib umatnya)

Lalu Allah mengutuskan Jibril untuk memujuk Nabi saw. Allah berkata:

إنا سنرضيك في أمتك ولا نسؤك

“Sesungguhnya Kami meredaimu hai Muhammad terhadap umatmu dan tidak akan menyakiti mu.” (Sahih Muslim)

* Rujukan: Ittihafu Ahlil Wafa oleh Abdullah at-Talidi dan an-Nabiyil Khatam oleh Muhammad Jum’ah

Klik pautan Islam Agama Yang Benar utk bacaan seterusnya

# Sila “Like” dan “Follow” page “sepatuputih” sebagai tanda sokongan ke atas usaha kami berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama. Sila “Share” supaya kebaikan akan terus berputar di dunia maya dan menjadi “pahala jariah” buat anda. Sokongan kalian semua amat dihargai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*