Kisah Sedih Nadir Al-Nuri Ziarah Ayah Allahyarham Dr Fadi Al-Batsh Di Gaza, Palestin.

Nadir Al-Nuri

Semalam kami menziarahi ayah kepada Dr Fadi Al-Batsh di Jabalya, utara Gaza dan menyampaikan ucapan takziah rakyat Malaysia atas syahidnya anak beliau, cendekiawan muda Palestin Dr Fadi Al-Batsh.

Sebaik sahaja beliau dimaklumkan tentang kehadiran kami beliau datang memeluk batang tubuh saya dan berkata,

“Ya Allah! Bau tubuhmu seperti bau Fadi!”

Betapa beliau mengasihi rakyat Malaysia walaupun tidak pernah sampai ke sana.

Beliau seterusnya menyampaikan salam kepada kalian dan bangga bagaimana Dr Fadi selalu bercerita kepadanya tentang kebaikan rakyat Malaysia, ramah mereka dan sayang mereka kepada rakyat Palestin dan perjuangan rakyat Palestin.

Image may contain: 2 people, outdoor
Nadir Al-Nuri

Beliau juga memohon supaya negara kedua mereka Malaysia membantu mempercepatkan pindahan jenazah Dr Fadi ke Gaza, tetapi menekankan keutamaan yang lebih besar ialah membawa pulang balu as-syahid bersama 3 orang anaknya ke pangkuan keluarga di Gaza.

Saya meyakinkan beliau setelah selesai segala aturan dan keperluan siasatan, kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa tidak akan berlengah dalam menunaikan hasrat mereka ini.

Semoga Allah memberikan kesabaran kepada kalian.

Selamat meninggalkan dunia fana ini duhai Dr Fadi. Ada rezki, kita bertemu semula di akhirat nanti bersama saf pejuang pembebasan bumi Al-Aqsa ini.

sumber; Nadir Al-Nuri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*