KPDNKK, Mead Johnson Sedar SUSU TEPUNG TIRUAN Wujud Setahun Lalu! Tetapi Tindakan Tidak Boleh Diambil Kerana…

FMT

PETALING JAYA: Syarikat pengeluar susu Mead Johnson tahu kewujudan susu tepung bayi tiruan jenama itu setahun lalu, tetapi pihak berkuasa tidak dapat bertindak kerana tiada bukti ditemui dalam siasatannya sepanjang tempoh itu, kata Datuk Roslan Mahayuddin.

Pengarah penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu dipetik Oriental Daily berkata, Mead Johnson menjalankan siasatan secara bersendirian bagi mengumpul bukti kewujudan susu tepung bayi tiruan di pasaran, sebelum membuat laporan kepada KPDNKK.

Katanya, KPDNKK kemudiannya bekerjasama dengan Mead Johnson menjalankan siasatan secara rahsia ke atas 500 peruncit, termasuk pasar raya, kedai runcit dan ubat di seluruh negara, sejak awal tahun ini.

Image result for susu tepung tiruan
my.theasianparent.com

Bagaimanapun, mereka gagal mendapat bukti diperlukan, sehinggalah berlaku rampasan 210 kotak susu tepung bayi yang disyaki tiruan bernilai RM42,000 di sebuah rangkaian kedai ubat dan 5 cawangannya di Johor Bahru, baru-baru ini.

Katanya, itulah kali pertama mereka mendapat sampel susu tepung tiruan untuk diuji.

Beliau menganggarkan susu tepung tiruan itu dihasilkan pengeluar tempatan demi mengaut keuntungan berlebihan.

Katanya, orang ramai dan peniaga yang ingin membuat aduan perlu mengemukakan bukti terlebih dahulu.

“Bukti yang dikemukakan syarikat itu ialah perbezaan bungkusan aluminium dalam kotak yang ditunjukkan dalam Facebook Mead Johnson.

“Hanya syarikat itu yang tahu butiran bungkusan produk sendiri, sejak itu kami mengekalkan hubungan kerjasama bagi menyiasat perkara itu.”

Roslan berkata, Mead Johnson turut memberikan lokasi mungkin wujud jualan susu tepung bayi tiruan untuk penguatkuasa menjalankan siasatan.

Image result for susu tepung tiruan
FMT

Pada 7 Disember lalu, sebanyak 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dirampas susulan aduan mengenai seorang bayi muntah teruk selepas menggunakan produk itu.

Rampasan itu hasil pemeriksaan KPDNKK di 5 kedai ubat-ubatan dan serbaneka di sekitar Iskandar Puteri dan Skudai di Johor hasil risikan dan pemantauan pengadu, iaitu pengeluar susu sebenar sejak Ogos lalu.

Dalam pada itu, Roslan dipetik China Press berkata, sehingga kini, tiada tangkapan dilakukan dan pihaknya hanya mengambil keterangan seorang peniaga di Johor untuk membantu siasatan.

Katanya, pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan bekalan susu tepung bayi tiruan itu datang dari mana.

Beliau berkata, seperti dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, keputusan analisis ke atas sampel susu tepung bayi itu hanya akan diketahui dalam tempoh 2 minggu dan peniaga terbabit akan didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Beliau mengakui selain susu tepung, sindiket akan menggunakan rangkaian pemasaran sendiri untuk mencampur aduk produk minuman tiruan lain ke pasaran.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak serius kerana KPDNKK giat menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan.

Beliau memberi contoh kemunculan milo tiruan pada Mac 2015 di mana sindiket mengumpan peniaga dengan harga lebih rendah.

kredit sumber; FMT

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*