‘Kumur Dengan Hidrogen Peroxide Untuk Putihkan Gigi’ – Doktor Dedah Tips Ini Membahayakan & Karut!

Iqbal Rosali

Baru baru ini viral apabila seorang individu memberi tips cara memutih gigi cara natural di media sosial. Tips itu mendapat lebih 3k perkongsian yang rata-ratanya percaya dengan tips yang diajar.

Namun, seorang doktor gigi selar dengan tindakan individu itu. Dia turut bengang apabila tips itu menggunakan cecair yang boleh memberi kesan buruk kepada gigi.

Kau gila ke apa suruh orang berkumur dengan Hidrogen Peroxide untuk tanggalkan karang gigi? Lepas tu kau claim benda ni natural?

Kau gila ke apa suruh orang berkumur dengan Hidrogen Peroxide untuk tanggalkan karang gigi? Lepas tu kau claim benda ni natural? Hydrogen Peroxide ni doktor gigi pun guna. Untuk PUTIHKAN GIGI. Bukan tanggalkan karang gigi. Nanti dengan gigi-gigi kau sekali tanggal.

Sebelum guna, kami ambil langkah MELINDUNGI GUSI. Hydrogen Peroxide ni tak boleh kena mukosa dalam mulut. Melecur hoi!! Bodoh betul petua macam ini boleh dapat sampai 2.9k shares. Pergi klinik gigi lah weh. Nak buang karang gigi kena scaling. Bukan berkumur.

Mesti scaling!

 

Karang gigi tidak tertanggal hanya dengan berkumur atau ubat gigi ajaib. Semua menipu. Mesti scaling!!

Walau bagaimanapun, individu itu memohon maaf selepas dikecam netizen.

Mohon maaf

Sumber : Iqbal Rosli

link sumber; http://ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*