Malaysia Sebenarnya Memang Termasuk Dalam Lingkaran Api Pasifik – United States Geological Survey (USGC)

Ahmad Jailani Abdul Ghani

1. Ini adalah peta Lingkaran Api Pasifik (Pacific Ring of Fire) yang saya sebutkan dalam khutbah Jumaat saya tempohari.

2. Berdasarkan peta ini yg dikeluarkan oleh United States Geological Survey (USGC), negara kita telah dimasukkan ke dalam Lingkaran Api Pasifik.

3. Ada yg berpendapat bahawa Malaysia tidak berada betul-betul di dalam Lingkaran Api Pasifik tetapi di dalam buffer zone (zon penampan). Risikonya? Tetap terdedah kepada bahaya gempa dan tsunami. Na’uzubillah.

4. Inilah ilmu ALLAH. Apa yg kita ketahui hanya terlalu sedikit.

5. Sewaktu saya belajar Geografi di sekolah menengah dahulu, kita diajar bahawa Malaysia berada di luar Lingkaran Api Pasifik. Tetapi sekarang, pakar pengkaji Geologi mendapati beberapa perubahan.

6. Kejadian gempa di negara jiran telah “trigger” dan mengaktifkan titik gempa lemah yg berada di negara kita.

7. Semoga ALLAH melindungi kita semua. Banyakkan istighfar dan taubat kepada ALLAH. Tinggalkan dan cegahlah maksiat yg ada. Perbanyakkan amal soleh.

8. Ya ALLAH. Kami sangat takut kepada malapetaka dan kemurkaan-Mu.

sumber; Ahmad Jailani Abdul Ghani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*