Masjid Bandaraya (MBR) Kota Kinabalu Dikejutkan Lagi Oleh Kelakuan Pelancong Dari China

Fareed Aydrus

Subhanallah…Maha Suci Allah.

Sebulan yang lalu, Allah menguji dengan kehadiran pelancong China berkelakuan kurang adab di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Sebulan juga operasi pelancongan ditutup.

10 hari yang lepas, operasi pelancongan dimulakan semula selepas tempoh bertenang. Hari ini, Jumaat penuh barakah.. Allah turunkan RahmatNya dengan menghadirkan sekeluarga Pelancong dari China memeluk agama Islam.

Kemudian, Allah menghadirkan lagi 2 orang pelancong China yang sememangnya islam untuk menjadi saksi kepada mereka bagi memudahkan urusan penukaran Agama di China kelak.

Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui akan kehebatan disetiap kejadian. Allahu Akbar.

Image may contain: 12 people, people sitting

sumber; Fareed Aydrus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*