Masya Allah مَاشَآءَاللّهُ, Kenapa Keluarga Non Muslim Ini Lebih Rela Ayahnya Yang Muallaf Diku burkan Mengikut Islam?

Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Uruskan Sajalah Dengan Cara Islam, Lebih Mudah…

“Alhamdulillah, kami baru sahaja selesai menyempurnakan satu jena zah lelaki Cina Muslim yang telah kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi.

Keluarganya yang masih belum memeluk Islam pada awalnya tidak tahu bahawa jena zah bapanya perlu diuruskan secara kaedah Muslim. Mereka telah pun menempah pengurusan jena zah mengikut budaya tatacara agama mereka yang memakan kos ribuan ringgit.

Namun setelah dimaklumkan bahawa jena zah bapa mereka perlu disempurnakan dengan kaedah Muslim, maka mereka akur atas ketetapan yang telah diputuskan.

Image may contain: 1 person

Mereka bertanya kadar kos pengurusan jena zah Muslim yang perlu mereka jelaskan dan setelah kami memaklumkan kepada mereka kos yang perlu dijelaskan, salah seorang anak arwah berkata, “Ustaz, uruskan sajalah dengan cara Islam lebih mudah..

Kalau kami uruskan kosnya mahal dan nak bayar harga tanah pun tinggi belum lagi kerandanya..” Anak arwah berkata sedemikian merujuk kepada kadar kos pengurusan jena zah bagi orang Cina (Buddha/Kristian).

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Sepanjang proses menguruskan jena zah tersebut, keluarga arwah hanya sekadar memerhatikan kami yang memandikan, mengkafankan serta solat jena zah tersebut tanpa sebarang campur tangan dari pihak mereka.

Jena zah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 sebelum Solat Asar petang tadi. Pihak kami juga telah memaklumkan bahawa segala kos pengurusan jena zah arwah bapa mereka akan ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Zakat Selangor (Baitulmal) dan mereka tidak perlu membayar walau sesen pun.

Anak-anak arwah agak terkejut kerana tidak perlu membayar sesen pun untuk kos pengurusan jena zah bapa mereka. Berkali-kali mereka mengucapkan terima kasih kepada pihak kami kerana membantu mereka menguruskan jena zah bapa mereka.

Image may contain: 3 people, people standing, outdoor and nature

Image may contain: 1 person, standing, outdoor and nature

Image may contain: 1 person, sitting, plant and outdoor

Semoga dengan melihat usaha kami yang tidak seberapa ini mewakili umat Islam yang lain, membuka pintu hidayah buat mereka untuk mengenali agama Islam dengan lebih mendalam seterusnya mengikuti jejak langkah arwah bapanya untuk memeluk Islam suatu hari nanti. Insya’Allah, Aamiin.

Sebenarnya untuk menguruskan jena zah orang Islam, banyak pihak di luar sana seperti pihak masjid & surau, pusat zakat & baitulmal dan NGO-NGO Islam yang lain yang boleh dan mampu menguruskannya tanpa ada sebarang kos dikenakan kepada pihak waris. Cuma perkara ini seolah dipandang sepi dan tidak pun ditularkan kepada masyarakat.

Orang Islam sendiri kadang-kadang lebih bangga menularkan ‘kebaikan’ mereka yang bukan Islam yang kononnya mereka sajalah yang membantu orang Islam yang dalam kesusahan. Sedangkan di luar sana banyak pihak dalam kalangan orang Islam yang membantu umat Islam yang lain yang dalam kesusahan namun tidak pun diceritakan kebaikan mereka.

Inilah yang dinamakan perang psikologi yang membu nuh watak-watak yang baik dalam kalangan umat Islam sendiri dan yang ditonjolkan adalah watak-watak orang Islam yang bu ruk sahaja sehingga umat Islam sendiri ‘buta’ melihat kemurnian agama yang suci ini.

Tak terfikirkah kita??

Jika difikirkan secara logik, kos pengurusan jena zah orang Islam ini tersangatlah jauh bezanya dengan kos pengurusan jena zah orang bukan Islam yang jauh lebih tinggi dan mahal! Namun persoalannya, mengapa golongan seperti ini begitu ingin menonjol dalam ‘membantu’ urusan fardhu kifayah agama kita dan tidak ada pun membantu pengurusan jena zah dalam kalangan mereka?

Kalau kita imbas kembali di antara dialog popular filem Madu Tiga arahan Tan Sri P. Ramlee ada menyebut, “Haiyaa…hidup pun susah, ma ti pun susah ooo…” Dialog itu merujuk kepada siapa? Tepuk dada tanya iman!

Kembalilah kepada fitrah, bersamalah kita umat Islam membantu mereka yang lemah. Semoga Islam sentiasa mendapat martabat yang tinggi dalam pandangan masyarakat.

Sedarlah, ramai orang mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain…”

p/s: Tulisan ini bukanlah untuk didebat tetapi sekadar untuk membuka mata umat Islam supaya sedar bahawa kita perlu menaikkan nama institusi-institusi Islam yang kita bangunkan bersama.

Wallahualam…

Teruskan melangkah walaupun dibadai fit nah dan ce muhan manusia yang tidak mengerti dasar perjuangan ini!

SYABAS SKUAD!

Sebarang sumbangan untuk bersama membantu ummah boleh terus dimasukkan ke akaun rasmi:-

*PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JENA ZAH MALAYSIA*
(PPM-026-14-24012018)

CIMB: 8603-48-9285
BSN: 1410-0410-0030-6186

Sebarang permasalahan atau memerlukan bantuan, sila hubungi: 013-322 7937 (Ust. Rafie Zainal).

Semoga Allah swt memberkati setiap sumbangan yang diberikan dan kami berharap agar semua pihak dapat terus memberikan sokongan dan mendoakan perjalanan dakwah SPJ Malaysia ini. Jazakumullahu khoiran kathir.”

“BERKHIDMAT SECARA BERJEMAAH DIBERKATI ALLAH SWT

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*