Masya Allah, apa yang Tuhan nak tunjuk pada aku? Ia bukannya suatu kebetulan tetapi memang sudah dalam TAKDIR Allah…

Hidayatullah.com plus.google.com

Hari Jumaat tempoh hari saya kerja separuh hari. Ada pakcik pesakit dialysis nak tumpang balik, kebetulan rumah satu jalan dengan saya.

Dalam perjalanan beliau minta saya berhenti masjid sekejap nak solat dhuha. Dah alang-alang dia solat, saya join sekaki.

Masuk masjid ada satu keluarga dalam masjid. 2 orang kanak-kanak main kejar kejar dalam masjid. Dari jauh anak-anak ini datang kat saya dan pakcik dan salam. Bapanya sedang solat dhuha saf pertama.

IDEA TERKINI

Sebelum solat pakcik tu keluarkan duit kertas Rm50 terus bagi kat anak yang paling besar. Terkejut juga saya. Banyak betul pakcik tu bagi.

Selesai solat baru nak melangkah keluar masjid kami di sapa oleh bapa anak-anak tadi. Tuan terima kasih sedekahkan kami duit. Saya cakap bukan saya bagi, pakcik ni bagi.

Banyak kali dia ucap terima kasih sambil sebak menangis. Saya cakap jangan menangis bang, itu rezeki abang dan anak-anak. Dia terus cakap. Saya dah tak ada duit langsung bang.

SAYS.com

Dalam bank pun ada RM30 je tak boleh keluarkan. Saya tak sangka berkat solat dhuha Allah beri rezeki kat saya. Saya dah tak ada kerja bang. dah 2 minggu cari kerja takda. Kedai makan tempat saya kerja sebelum ini dah tutup. Terima kasih pakcik sedekah kami duit.

Pakcik terus pelawa, jika begitu kerja dengan pakciklah. Hantar dan ambik pakcik di pusat dialysis. Tapi pakcik kereta saya tak ada air cond. Takpa pakai kereta pakcik ada air cond. Jika awak nak kerja hari-hari pun boleh jadi driver pakcik nak?

Lagi pun pakcik taknak menyusahkan anak-anak, diorang semua kerja pejabat. Jika kamu bersetuju nanti ikut pakcik ke rumah kita bincang pasal gaji.

Tanpa fikir panjang terus abang itu bersetuju dengan sebak, berkali kali dia ucap terima kasih. Paling saya terharu anak-anak beliau terus berlari cakap kat ibu yang menunggu di garaj letak kereta.

Hidayatullah.com

Dalam kereta pakcik cakap kat saya. Pakcik tak lama dah, esok lusa mungkin akan mati. kawan-kawan pun semua dah mati. tinggal pakcik je. Dulu hidup banyak lupa tuhan, tak banyak sedekah, jarang solat, hidup hanya untuk kerja, perniagaan. Anak-anak membesar pun tanpa kasih sayang dari pakcik.

Sekarang sebelum mati Allah dah tarik nikmat supaya pakcik ingat dia. Matt kena ingat. Setiap rezeki yang kita dapat itu ada hak orang lain. Kita kena kongsi. Yang kita kongsi itulah akan kekal di akhirat nanti.

Selesai semua.

Hidayatullah.com

Dari Pasir gudang ke Pontian tak henti henti saya berfikir apa Allah nak tunjuk kat saya Jumaat lepas. Fikir apa nasib abang, isteri dan anak-anak keluarga ini, tak henti henti juga saya doakan moga urusan abang ini dipermudahkan.

plus.google.com

Sahabat. Hari ini mungkin kita mampu untuk makan 2-3 kali sehari, mampu untuk ke mana kita nak pergi. Tapi ada ramai insan diluar sana untuk makan sekali sehari pun belum tentu dapat.

“Ya Allah maafkanlah kami banyak lupa tentang insan lain”

sumber; Dr Muhammad Hassan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*