Masya Allah, Mari Kenali Bangsa Dagestan Dari Dr Kamilin Yang Pernah 5 Tahun Bergaul Dengan Mereka Semasa DI UIM

Kamilin Jamilin - Seni Hadith

Semasa saya masih tahun pertama di Pusat Pengajian Bahasa Universiti Islam Madinah, saya berkenalan dengan “class mate” saya Magomed Gazik Magomedov yang kemudiannya menjadi sahabat terapat saya sepanjang 5 tahun saya belajar di sana. Ketika itu saya masih bertatih untuk bertutur dalam bahasa arab, dan beliaulah yang banyak membantu saya. 

Di sebalik “kebingungan” sikapnya, saya mengakui beliau antara “genius” bahasa paling hebat saya pernah temui!
Beliau pantas mendalami bahasa, bahkan bahasa arabnya sangat kukuh dan luas pengetahuannya. Beliau juga sangat cepat belajar bahasa melayu dari saya.

Saya ingat lagi, ayat pertama bahasa beliau yang diajar pada saya ialah “Idi Nakhui Baliyat” yang bermaksud mencarut sebenarnya (bahasa Dagestan ada ratusan loghat).

Saya sangkakan maksudnya “apa khabar?”, rupanya bila saya menyapa kawan Dagestan lain dengan ayat tersebut, wajah mereka merah padam sambil terbeliak mata, sampai sahabat saya Gazik itu terbahak-bahak ketawa.  Akibatnya saya tidak dapat lupakan ayat tersebut hingga kini!

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and indoor

Image may contain: 5 people, people standing and beard

Image may contain: 7 people, people sitting

Dari beliau saya berkenalan dengan sahabat Dagestan lain yang hampir kesemuanya jenis “gila-gila”.  Mereka selalu ajak saya makan bersama walaupun saya sorang-sorang orang bukan Dagestan sampai ramai pelajar Afrika ingat saya Dagestan kerana selalu bersama. Kebetulan saya memang suka masakan Dagestan.

Ramai yang hairan mengapa saya boleh baik dengan mereka, kerana pelajar Dagestan dikenali sebagai bangsa bergaduh yang tidak fikirkan akibatnya.

Kalau mereka masuk “tournament” bola universiti, sampai sekeliling padang polis jaga sebab masa final, mereka belasah team Uzbekistan sebelum itu sampai perlawanan dibatalkan.

Saya dengan Gazik juga pernah bergaduh berdua dengan belasan pemuda Saudi yang menyerang kami tiba-tiba di malam hari. Apabila geng Dagestan tahu, satu lori mahu dikumpulnya!

Saya pernah kata pada mereka: “Kita kene ada plan dan plan betul-betul dalam apa yang kita buat”. Mereka hanya ketawa sambil kata: “Kitorang ni buat dulu baru fikir!”.

Image may contain: outdoor

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people

Sepanjang saya bersama mereka, memang mereka sedemikian dari bab pengurusan duit, bertindak, dan sebagainya. Ketika motor saya rosak, sahabat saya Gazik pernah angkat motor saya letak atas motor dia “towing” tanpa fikir panjang. Memang tak dapat dijangkau akal! Beliau tidak kisah motornya tercalar atau tercobek, yang penting tindakan beliau tersebut dapat membantu saya.

Saya juga gemar pergi haji dengan jemaah Dagestan ini. Mereka akan datang “drive” dari kampung halaman dengan lori Kamaz yang sangat mereka banggakan. Saya naik “langgat” ramai-ramai dengan mereka di belakang yang penuh dengan barang dan daging kering sebagai bekalan makan.

Kami pernah dikejar dengan polis kerana tiada visa, naik bumbung-bumbung kereta sampai tilam kami jatuh tercicir, bahkan kereta kami dilanggar pecah cermin ketika kami sedang buat lawak. (Alhamdulillah kaca tak masuk mulut ketika ketawa).

Image may contain: 1 person, sitting, table, hat, child and indoor

Gusti merupakan permainan rutin bangsa Dagestan ini. Sejak kanak-kanak itulah “gajet” mereka. Kalau bertemu dengan keluarga mana-mana, mereka akan “api-api”kan anak-anak mereka supaya mereka bergaduh, dan para ayah akan ketawa sambil provoke supaya menang.

Ketika saya tengah “lepak” ulang kaji malam periksa di masjid universiti, ada sahaja sahabat saya itu cuba provoke saya untuk bergusti dengannya, dengan tepuk kepala saya la, sampai kami bergusti tengah malam di masjid sampai kepenatan.

Mereka ini memang kuat, bangsa bukit banjaran Kaukasus yang biasa hidup di persekitaran perang sebelum ini akibat perang Chechnya. Banyak kisah-kisah perang dan video-video yang mereka kongsikan dengan saya.

Inspirasi dari merekalah, saya menamakan anak lelaki sulung saya dengan nama salah seorang General Chechnya yang sangat digeruni oleh Russia!

Kalau saya bosan, saya suka pergi ke bilik Gazik, atau rumah abang iparnya Syamel bersama kawan-kawan Dagestan lain: Abdel Rahman (taiko), Anuer, Ramazan, Rasul, dan Syamel kedua.  Saiz mereka tidak sebesar orang Eropah. Tubuh mereka biasa tapi gagah.

Gazik sahabat saya setinggi sekitar 185 cm selalu bagitahu yang dia malu kerana paling tinggi di kampungnya. Ayahnya selalu perli ketinggian dia. (Kalau kita tinggi tu macam “charming”).

Hubungan kami tetap rapat walaupun telah graduasi dari Madinah. Gazik kemudiannya datang menyambung “master”nya di Malaysia, dan kini sedang bekerja di Bahrain.

2 Tahun lepas beliau ada menghantar gambarnya dengan Khabib Numagomedov yang singgah di UAE. Dulu beliau akan bercerita ayah Khabib ini jurulatih legend MMA di sana yang banyak menghasilkan juara-juara “fighter”.

Kebetulan dari belasan tahun dahulu kami selalu tengok UFC dari zaman kegemilangan Vitor Belfort dan sebelum itu Royce Gracie dan Shamrock brothers, kerana berkongsi minat yang sama.

Orang Dagestan lebih berbangga dengan penggusti muslim Dagestan mereka berbanding Fedor Emilienko juara lagenda Rusia.

Dari tahun ke tahun merancang untuk ziarah sahabat-sahabat lama di Dagestan menikmati suasana pergunungan yang jauh dari kesibukan kota dan menulis buku di sana, namun masih belum terlaksana kerana komitmen masing-masing.

InsyaAllah soon…

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and indoor

Gambar sekitar 14 tahun lepas ketika haji bersama pelajar dan jemaah Dagestan.

sumber; Kamilin Jamilin – Seni Hadith

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*