Maszlee: Beku pindah kakitangan, naik pangkat, wujud unsur POLITIK, pertukaran dalaman JPN, PPD!

Berita TV9

Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengumumkan bahawa semua pemindahan pegawai pendidikan dari peringkat negeri dan daerah dibekukan sementara menunggu siasatan dan penelitian semula.

Maszlee berkata langkah itu diambil susulan laporan terdapat unsur politik kepartian dalam pejabat pendidikan negeri dan daerah.

“Ini sangat mengecewakan bagi saya kerana saya tidak mahu pemikiran sempit politik kepartian mempengaruhi institusi pendidikan di negara ini.

“Saya berharap rakyat Malaysia akan mendapat mesej yang jelas bahawa kita tidak akan berkompromi dengan sebarang cubaan membawa masuk unsur tidak sihat dalam pentadbiran pendidikan kebangsaan.

“Ada pihak yang dilihat sengaja menghalang pembaharuan institusi yang selari dengan pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN),” katanya.

Menteri pendidikan juga mengarahkan pegawai kanan kementerian itu meneliti semula semua kenaikan pangkat dan pemindahan di seluruh negara yang berlaku sejak dua bulan lepas.

Maszlee tidak mendedahkan jumlah guru dan pegawai yang terlibat namun memberi gambaran negeri yang terlibat adalah dari tiga negeri di utara semenanjung dan sebuah negeri di pantai timur semenanjung.

sumber; Berita TV9, Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*