MENJADI BIJAKSANA TANPA MINUM ATAU MAKAN PRODUK AJAIB BERASAS 30 JUZUK AL-QURAN ATAU SUNNAH?

Kebijaksanaan adalah idaman semua manusia. Manusia yang bijak mampu membuat keputusan terbaik. Sebenarnya kita mampu menjadi BIJAKSANA dgn menurut panduan al-Quran & Al-Sunnah. Perhatikan ayat ini:

قُل أَطيعُوا اللَّهَ وَأَطيعُوا الرَّسولَ ۖ فَإِن تَوَلَّوا فَإِنَّما عَلَيهِ ما حُمِّلَ وَعَلَيكُم ما حُمِّلتُم ۖ وَإِن تُطيعوهُ تَهتَدوا ۚ وَما عَلَى الرَّسولِ إِلَّا البَلٰغُ المُبينُ

Ertinya: Katakanlah lagi (kepada mereka): Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu dan JIKA KAMU TAAT KEPADANYA NESCAYA KAMU BEROLEH HIDAYAY PETUNJUK dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata (al-Nur [24:54]).

Dalam tafsiran ayat ini Imam al-Alusi mengambil kata-kata Abu Uthman (ulama salaf) mengatakan orang yang menjiwai SUNNAH RASULULLAH SAW secara menyeluruh AKAN BERBICARA DENGAN HIKMAH ATAU KEBIJAKSANAAN. Sebaliknya sesiapa yang mengikut hawa nafsunya akan BERBICARA DENGAN BID’AH DAN KESESATAN.

Ya Allah! Berikan kami HIKMAH dgn mengamal serta menjiwai SUNNAH NABIMU!

Ihsan ; Hamba Allah & Al-Quran

 

# Peringatan ikhlas & penting dari meja admin;

Terima kasih kerana anda telah sudi meluangkan masa melawat page kami ini sebagai tanda sokongan moral di atas usaha pihak kami untuk berkongsi ilmu demi kebaikan semua. Jika anda berminat untuk terus membaca artikel @ rencana daripada page ini, sila pastikan anda telah like page sepatuputih. Sokongan anda amat dihargai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*