Menteri Besar membelek stokin 3 pasang RM5 je bro!

Nadir Al-Nuri

Belek-belek FB ternampak gambar ini…

Ada empat poin yang nak dikongsi berkenaan dengan beliau di dalam gambar ni, yang dah lama saya kenal secara peribadi.

1. Insan ini meninggalkan kerja sebagai pensyarah dengan gaji puluhan ribu, di bidang aeroangkasa, dan merupakan pakar di bidang tersebut, semata-mata untuk berjuang secara sepenuh masa dengan parti Islam.

Kerja baru beliau dengan gaji tak seberapa, tetapi diberi keberkatan dengan keyakinan bahawa Allah tidak akan tinggalkan mereka yang yakin dengan perjuangan Islam.

Nah, selepas bertahun-tahun hidup ala kadar setelah hidup senang, akhirnya roda alam berputar dan Allah angkat martabat beliau naik ke puncak semula.

2. Gambar ini menunjukkan beliau hadir di sebuah majlis ilmu di Rusila, majlis sejak tahun 1980an yang berterusan sehingga sekarang, dan yang diajar oleh ulama’ yang dibenci ramai entah kenapa.

Menuntut ilmu, sampai ke tua. Khususnya ilmu agama, kerana dengannya berlaku pembersihan jiwa dan iman digilap semula..

Image may contain: 1 person, smiling

3. Gambar ini juga menunjukkan sifat tawadhu’ seorang yang berprofil tinggi berjalan di pasar bersama masyarakat awam tanpa pengawal atau pengiring pun.

4. Yang paling penting dan menarik perhatian saya, beliau sedang membelek stokin 3 pasang RM5!

sumber; Nadir Al-Nuri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*