(Video) Mereka mengadu pasal anak yang DEGIL; jawapan ustazah kaunselor membuatkan mereka tersentap & malu…

TambahCheese

“Kami datang ni bukan nak mengadu masalah kami suami isteri, tapi tentang ANAK-ANAK”

“Kami ada 3 orang anak, yang pertama tingkatan 4, yang bongsu darjah 3. Tak tahu mana silap kami, tapi boleh dikatakan semuanya DEGIL (tak elok guna perkataan ni), contohnya kalau kami panggil 2,3 kali pun belum tentu menyahut, kadang menyahut tapi tak datang-datang, sibuk dan leka dengan gajet, dan macam-macam lagi la perangainya, apa nak buat tu ustazah?

“Maaf ya saya tanya, boleh saya tahu SOLAT puan dan suami bagaimana? Maksud saya penuh ke tidak, dan jika penuh, awal waktu atau selalu lambat?”

Si Isteri menyiku suami, “awaklah jawab, awakkan bapak budak-budak tu”

“Hmm, kadang-kadang adalah tinggal jugak ustazah, lambat tu biasalah, tapi tetap solat.. kami dua-dua agak sibuk, penat, kelam kabut, berkejar-kejar kami ni”

“Maaf ya tuan puan, kita harus sedar satu perkara, masalah sebenar bukan ANAK yang DEGIL, tapi KITA yang DEGIL ! Sebelum anak degil kita degil dulu, malah kita lagi degil daripada anak-anak”

“Apa maksud ustazah ?”

“Allah panggil, حي علي الصلاة, datanglah solat, datang menuju kejayaan, diulang dan didengar dari kecil sampai kita dah tua, namun kita masih dan sentiasa menangguhkan panggilan itu, kadang sejam, kadang 2 jam baru menyahut, lebih sedih jika tak menyahut langsung”

“Jangan mengharap anak isteri atau suami segera menyahut panggilan kita, jika panggilan Allah kita selalu tangguh-tangguhkan”

“Jangan mengharap ketaatan atau kehormatan daripada manusia jika kita sendiri tidak benar-benar taat dan hormat pada Allah”

“Jangan mengharap untuk tundukkan hati manusia jika diri sendiri tidak tunduk sujud dengan sebenar pada Allah”

“Kita selalu sebut selesai semua urusan baru lah boleh fokus pada SOLAT, hakikatnya itulah sebenarnya permulaan tidak khusyuk, bila meletakkan Allah dihujung pekerjaan, seolah urusan kita jauh lebih penting”

Namun…. SubhanAllah, maha baik Allah… 😢

Walau bagaimana pun perangai kita dengan Allah, sentiasa meremehkan panggilannya dll, Allah tetap melimpahkan kasih sayang dan rezekinya untuk kita tanpa syarat”

Tanpa sedar dalam kita mengadu dan mengeluhkan hal anak, kita sebenarnya sedang mengadukan tentang diri kita. Anak adalah acuan Ibu Bapa.

Siapa yang sedang membetulkan SOLAT, ALLAH akan membetulkan hidupnya.

Siapa yang sedang menyempurnakan SOLAT, ALLAH akan menyempurnakan hidupnya.

SOLAT adalah simpulan KASIH antara manusia dengan ALLAH.

sumber; Asma’ binti Harun
11 Ogos 2018

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*