Mufti WP – Hidup beragama ini sebenarnya indah dan mudah jika kita memahami kehendak agama

Mufti Wilayah Persekutuan

Hidup beragama ini sebenarnya indah dan mudah jika kita memahami kehendak agama, juga batasannya.

Islam meraikan kepelbagaian agama dan keberagaman bangsa. Betapa sejarah kehidupan Rasulullah SAW sendiri membuktikan bahawa tembok bangsa dan agama boleh diketepikan dengan akhlak dan kesantunan.

Hari ini saya meraikan jiran-jiran saya yang berbangsa Cina dengan kek sempena Tahun Baru Cina. Mungkin ini hanya hadiah tahunan yang kecil, namun saya amat berharap ianya mampu menyumbang sesuatu kepada keharmonian rakyat Malaysia berbilang bangsa.

Marilah kita kembali kepada asas yang hakiki bahawa kita sebenarnya satu keluarga besar yang bernendakan Adam dan Hawa.

Zahirkan keindahan Islam, sebarkan semangat perpaduan.

sumber; Mufti Wilayah Persekutuan