Najib, Rosmah disenarai hitam Jabatan Imigresen? Tiada sekatan terhadap Najib, Rosmah setakat ini, kata KP Imigresen. Jadual Penerbangan Najib & Rosmah Tular!

Malaysiakini

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali memberitahu, tiada sekatan yang dibuat terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ia berikutan dakwaan bahawa Najib dan Rosmah disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

“Tidak ada sekatan pun setakat ini,” katanya ringkas dalam pesanan WhatsApp kepada Malaysiakini.

Selain itu, ditanya mengapa di ruangan carian Semakan Status Perjalan Imigresen (SSPI) Najib dan Rosmah tertera “Sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat”, Mustafar tidak mengulasnya.

Sebaliknya beliau sekali lagi mengulangi jawapannya bahawa tiada sekatan dibuat terhadap bekas perdana menteri ke-6 itu dan isterinya.

Image may contain: 1 person, smiling, text

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, carian SSPI Najib dan isterinya menunjukkan mereka disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

Pangkalan data itu yang membenarkan rakyat Malaysia memeriksa sama ada mereka boleh ke luar negara sejak semalam dan sehingga berita ini ditulis (8.40 pagi) masih tidak dapat diakses.

Siasatan Malaysiakini mendapati laman web berkenaan hanya tidak dapat diakses dari dalam Malaysia.

Sekiranya diakses dari dalam negara tanpa menggunakan proksi, laman web berkenaan akan menunjukkan ia tidak dapat diakses (down).

Bagaimanapun, dengan menggunakan proksi luar negara, Malaysiakini berjaya mengakses sistem laman web berkenaan untuk memeriksa status Najib dan Rosmah menggunakan nombor kad pengenalan mereka.

Nombor kad pengenalan itu juga sudah disemak dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengesahkan identitinya.

Semakan mendapati dengan memasukkan nombor kad pengenalan Najib (530723-06-XXXX) dan Rosmah (511210-05-XXXX) paparan keputusan tertera “Sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat”.

Ia adalah seperti paparan yang tertera bagi anggota parlimen Pakatan Harapan dan aktivis politik yang tidak dibenarkan ke luar negara sebelum ini.

Lazimnya, sekiranya individu itu tidak disenaraihitamkan oleh Imigresen, paparan keputusan yang tertera adalah “Tiada Halangan”.

Tidak dapat dipastikan sama ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) atau Jabatan Imigresen membuat tetapan (setting) di laman web itu bagi menghalang akses dari dalam negara.

Ini bererti Najib dan Rosmah tidak dapat memeriksa status imigresen mereka kecuali menggunakan proksi.

Berita Lain

Jadual penerbangan Najib, Rosmah tular

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan berlepas ke Jakarta untuk bercuti selama dua hari mulai esok, kata sumber yang dekat dengan beliau malam ini.

Menurut sumber itu Najib serta isterinya Rosmah Mansor mahu berehat seketika di Indonesia.

“Beliau akan pulang (selepas tamat percutian itu),” katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya mengenai spekulasi yang mendakwa pasangan terbabit sebenarnya bercadang melarikan diri dari negara ini, sumber itu menafikanya.

“Semua orang (yang ingin menaiki kapal terbang) ada jadual penerbangan… Jadi mereka (yang membuat spekulasi) boleh pergi (ke lapangan terbang) untuk melihat sama ada beliau melarikan diri bersama beg-beg berisi wang dan lain-lain.

“Isu (lari dari Malaysia) tak berbangkit,” katanya.

Sebelum ini orang ramai tertanya-tanya mengenai kemungkinan Najib dan Rosmah mahu meninggalkan Malaysia selepas BN gagal mendapat mandat untuk menjadi kerajaan.

Ia adalah kehilangan kuasa pertama kali dialami BN.

Khabar angin mengenai Najib dan Rosmah tersebar selepas satu imej tangkap layar menjadi tular di media sosial.

Berdasarkan imej berkenaan terpapar nama Mr Najib Razak dan Mrs Rosmah Mansor.

Berdasarkan gambar itu juga sebuah pesawat dengan nombor pendaftaran PK-RJX akan berlepas dari Lapangan Terbang Subang pada jam 10 pagi esok.

Destinasi pesawat udara itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di Jakarta, Indonesia.

Selain gagal mempertahankan Putrajaya beberapa negeri juga jatuh kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir adalah salah seorang pengkritik Najib paling tegar dan beberapa kali menyatakan rancangannya untuk menyiasat presiden Umno berkenaan terutama dalam isu 1MDB.

sumber; Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*