PA Siti Nurhaliza Dedah Lebih 60 Fake Account Siti Aafiyah Di Instagram

http://ohbulan.com

Kelahiran Siti Aafiyah Khalid adalah saat-saat yang ditunggu oleh semua peminat termasuk pasangan Dato Sri Siti Nurhaliza dan Dato Sri Khalid. Selepas kelahiran cahaya mata ini, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan foto kecomelan bayi tersebut. Sehinggakan wujud lebih 60 akaun palsu atas nama Siti Aafiyah.

Tampil Rozi Abdul Razak, pengurus peribadi kepada Siti Nurhaliza menyedari akan kewujudan banyak akaun palsu atas nama Siti Aafiyah itu. Hal demikian dapat mengelirukan pengguna sosial media yang lain akan akaun Instagram yang sebenar Siti Aafiyah nanti.

Belum ada akaun rasmi Siti Aafiyah

Saya buat video ini adalah untuk menjawab pertanyaan ramai orang, maknanya sehingga ke hari ini, memang tidak ada akaun rasmi yang dibuat sendiri oleh @ctdk. Sebagai menghormati sumber, saya kira yang membuat akaun-akaun Siti Aafiyah, kreditkanlah sumber gambar atau video yang anda ambil. Ini juga untuk tidak mengelirukan pengguna sosial media, sama ada akaun tersebut rasmi atau tidak. Biarlah @ctdk saja yang memutuskannya, mungkin beliau ada alasan dan mahukan ruang juga. #ilmumediasosial

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

Pengurus peribadi kepada penyanyi tersohor negara ini mengakui bahawa tiada sebarang akaun rasmi Instagram Siti Aafiyah. Lebih 60 akaun tersebut adalah akaun palsu yang dicipta oleh individu tidak bertanggungjawab dalam mengambil kesempatan.

Banyak akaun palsu

Rasa ditipu selama ini

Mungkin mahu simpan koleksi gambar?

Atau mahu jual akaun?

Pendek kata, akaun rasmi Siti Aafiyah belum lagi ada dan kebanyakan akaun yang sudah wujud adalah akaun palsu saja.

Credit: Rozisangdewi

link sumber; ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*