PANAMA CHALLENGE ; KEGILAAN APAKAH INI?

fb

Sangat benarlah hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

” Kamu akan mengikuti cara hidup/ trend umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal ، sehasta demi sehasta hatta jikalau mereka masuk ke lubang dhob ( biawak padang pasir) pun,kamu pasti turut akan memasukinya.

Kita lihat baru-baru ini isu panama dance, satu tarian daripada Amerika Latin cuba dibawa masuk dan dijadikan sebagai trending buat masyarakat.

Hakikatnya ia bukan satu trend yang bagus yang perlu ditiru oleh umat Islam, umat yang mengatakan agama Allah itu berada di tempat tertinggi daripada segala agama lain. Tetapi malangnya, tarian sampah seperti itu menjadi trending dikalangan masyarakat masa kini.

Tidak termasuk isu sosialnya yang bebas antara lelaki dan wanita, tidak cukup dengan itu dirakam dan disebarkan video-video tersebut.

Benarlah hadith nabi : ” Apabila kamu tidak ada perasaan malu, maka buatlah sesuka hati kamu” ( HR Bukhari)

Image may contain: 3 people, people smiling

Inilah perasaan dan sikap malu yang sekarang sedang dicabut secara perlahan-lahan daripada diri umat Islam.

Mereka begitu sensitif dengan trending “sampah” daripada negara lain tetapi tidak sensitif dengan penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam dinegara-negara umat Islam masa kini.

Persoalannya, mengapakah ianya berlaku sedemikian?

Adakah kerana kejahilan masyarakat yang menganggap apabila aurat telah ditutup, maka segala perbuatan lain dibolehkan, baik menari, berjoget, menyanyi dan seumpamanya.

Ataupun, hakikatnya, masyarakat Islam mendambakan para pemimpin yang terbaik tetapi malangnya mereka tiada rasa “izzah”, rasa begitu bernilai tinggi dengan agama yang mereka anuti?

Ataupun dicabut rasa malu dalam diri-diri mereka oleh Allah sendiri?

Allahul mustaan. ..

Kita tidak perlu menuding jari kepada sesiapa, buat yang mengikut cara hidup barat, timur dan sebagainya, bertaubatlah kalian yang melakukan perbuatan sedemikian dan ikutilah cara hidup Islam kerana Islam itu sendiri eksklusif, tertinggi, hebat dan sempurna.

Buat para pendakwah, inilah tugas kita walaupun kita tidak dapat menafikan kebenaran hadith Rasulullah, tetapi buatlah mengikut kemampuan yang kita ada.

Kita menegur, bukan mencaci dan memaki. Kita menegur kerana ianya amar makruf dan kerana sayangkan masyarakat. Kita menegur bukan atas buruk sangka tetapi atas maksiat tersebut telah berlaku yang menyebabkan ianya wajib ditegur.

Jikalau kita inginkan izzah dan kemuliaan Islam tertegak, kita mesti tegakkan kemuliaan Islam itu didalam diri-diri kita.

Kurangkan bacaan picisan, kurangkan ceramah lawak jenaka yang tiada ilmu di masjid-masjid dan tempat pengajian. Ajak masyarakat kepada mendalami ilmu agama dengan berpandukan dalil kerana setiap mazhab, ada usul dan dalilnya.

Jangan takut, siapa yang menyatakan mazhab Syafie tiada dalil, mazhab Syafie,Maliki,Hanbali,Hanafi itu sendiri diasaskan atas usul dan dalil.

Utamakan sunnah Rasulullah dan junjunglah ianya setinggi-tingginya.

Mudah-mudahan ianya menjadi salah satu ilmu yang bermanfaat. Teguran ini bukan bererti si penulis ialah orang yang terbaik, cuma teguran ini diperlukan atas dasar amar makruf dan nahi munkar.

Wallahua’lam.

sumber; Huzaifah Hadis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*