PANAS; ‘Jangan Engkau Cium Tangan yang Memukulmu’. Sistem Raja Berperlembagaan Sudah Tidak Relevan – Fadiah Nadwa

malaysiamuda.wordpress.com

Peguam dan aktivis Pakatan Harapan (PH), mendakwa sistem Raja Berpelembagaan tidak lagi relevan didalam institusi demokrasi negara berikutan kewujudan monarki dianggap ketinggalan zaman dikebanyakan negara di dunia.

Berikut adalah ringlasan artikel coretannya…

Setelah dibebaskan dari penjara, bekas pemimpin pembangkang dan bakal perdana menteri Anwar Ibrahim berkongsi perjalanan politiknya yang berliku dan mengungkapkan sesuatu yang amat mendalam – bahawa kehidupan penjaranya memberi pengajaran tentang harga kebebasan.

 

Gambar Anwar yang ditenggelami lautan wartawan, erat dalam pelukan keluarga, akhirnya bebas dari penjara mengagumkan pandangan mata. Perayaan pembebasan itu terus berlangsung hingga ke lewat malam, di mana ribuan penyokong berhimpun di Padang Timur untuk mendengar ucapan pasca pembebasannya.

Sementara majoriti masyarakat Malaysia masih dalam keterujaan, dan cuba memahami makna perubahan yang baru berlaku dan apa ertinya untuk negara ini, perebutan kuasa dalaman di kalangan elit politik mula terserlah. Menyedari betapa rapuhnya peralihan kuasa yang telah berlaku, ada yang mula mempersoal drama yang kini berlangsung. Ada suara-suara yang tangkas menyuruh pengkritik mendiamkan diri dan sebaliknya mempercayai mereka yang memegang kepimpinan kuasa.

Pentas perebutan kuasa dalaman ini jelas berada di luar capaian masyarakat biasa – termasuklah pengundi-pengundi yang meletakkan pemimpin sekarang dalam kerajaan. Ini realiti sukar sebuah demokrasi perwakilan atau representative democracy – satu realiti yang jarang dibincangkan dan difahami di mana penyertaan politik hanya melibatkan peti undi dan mana pemerintah elit yang akan membuat segala keputusan akhir.

Bagi mengekalkan realiti ini, masyarakat sering disuruh untuk menunggu lima tahun lagi jika mereka ingin mengubah kerajaan baru. Siapa yang mampu untuk menunggu lima tahun lagi? Persoalan ini mesti dijawab.

Sebarang usaha untuk memecahkan benteng yang dibina mengelilingi sistem ini bagi tujuan meluaskan ruang demokrasi agar masyarakat dapat menzahirkan kewujudan politiknya sering kali dibalas dengan kritikan dan teguran keras. Kesannya, kuasa untuk membentuk masa depan dan arah tuju negara kekal di tangan ‘sebilangan kecil yang istimewa’ atau privileged few, dan terus menerus mengasingkan suara masyarakat terbanyak, khususnya mereka yang terpinggir. Demokrasi tulen yang menetapkan masyarakat sebagai denyut jantungnya makanya tidak pernah kesampaian.

Perebutan kuasa dalaman tanpa akhir ini melangkah tingkat baru apabila gambar Anwar, membongkok sambil mencium tangan Sultan Johor muncul di internet. Memandangkan wujudnya hubungan tegang antara perdana menteri sekarang dengan monarki, tidak menghairankan mengapa yang dikatakan bakal perdana menteri melakukan sedemikian. Apa yang meresahkan tentang perlakuan yang diabadikan gambar itu adalah budaya feudal yang tidak boleh dipertahankan dan implikasi besar yang disampainya.

Dalam melawan lupa, kita perlu diingatkan bahawa rata-rata di dunia, kewujudan monarki telah lama lapuk ditelan zaman. Sejarah menunjukkan bahawa absurditas institusi ini tidak lagi boleh diterima, dipertahan, dan diwajarkan. Meletakkan satu kelas manusia lebih tinggi daripada manusia lain hanya kerana mereka dilahirkan di kalangan golongan bangsawan adalah satu pemikiran yang memualkan – satu permikiran yang bertentangan dengan nilai kebebasan dan martabat insani.

 

Sebulan sebelum pilihanraya umum, putera raja Johor, atau lebih dikenali sebagai TMJ, tanpa teragak-agak menyatakan kepada semua untuk tidak menjatuhkan kerajaan – kerajaan yang memerintah negara dengan kuku besi selama 61 tahun. Tindakannya dalam mengungkapkan kata-kata itu sebelum pilihanraya, tatkala masyarakat terbanyak dirasuk kemarahan, bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri daripada situasi menindas sekian lamanya, adalah sesuatu yang dirancang.

Mereka yang percaya bahawa institusi kuno ini adalah satu simbol penyatuaan, dengan memihak kepada penindas sementara masyarakat terbanyak dinafikan hak untuk kehidupan yang baik dalam negara yang dibina atas dasar kekuasaan, ketidaksamarataan, dan eksploitasi hanya akan membangkitkan satu penyatuan: penyatuaan dalam penindasan.

Untuk bebas bukan dan tidak boleh bermakna bahawa kita hanya bebas daripada dinding penjara konkrit yang jelas di mata. Kebebasan mestilah bermaksud kita secara kolektif bebas daripada batas dinding yang telah lama dibina untuk merampas martabat insani kita, batas-batas dinding yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Pada pandanganku, aksi padu yang melakar perlawanan yang juga kadangkala boleh ditemui dalam ucapan lisan atau perjuangan heroik boleh juga ditemui dalam gerak tubuh yang menyatakan keengganan, diam, pergerakan, keengganan untuk melakukan pergerakan, yang melakar gerakan-gerakan yang membina prinsip-prinsip demokrasi berkenaan kesamarataan dan prinsip-prinsip ekonomi saling kebergantungan dalam aksi yang ingin membina cara hidup baru yang secara radikal lebih demokratik dan saling bergantungan.”

Artikel penuh boleh dibaca di pautan Jangan Engkau Cium Tangan yang Memukulmu’

sumber; malaysiamuda.wordpress.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*