Paru-paru berair sebab mandi malam? Baca ulasan doktor pakar Raspirotori.

Dr Che' Wan Aminud-din Hashim

Ramai yang bertanya, betul ker Dr, kalau kerap mandi malam 🚿nanti paru paru masuk air?🤔

Saya senyum 😊, nnti tanyalah abang saya. Dia suka mandi malam 🛁. Sampai sekarang dia sihat, dah pencen lama dah abang saya ni
Tak pernah pulak xray dia tunjuk ada air dalam paru paru.

Kulit kita kan water proof / kalis air? Macam mana air nak masuk?
Air peluh keluar tu ada lah. Itu pun sebab ada liang peluh.

Habis tu macam mana air masuk paru paru?

Ok dengar sini Dr nak cerita.

Air di dalam peparu jika berkumpul, ia akan berada di ruang pleura, iaitu antara lapisan pleura dalam dengan pleura luar.
Dari mana datangnya air ini?

Paru paru memerlukan cecair yang melincirkan pergerakan semasa paru paru mengembang dan menguncup. Terdapat pergeseran antara dua lapisan pleura luar dan lapisan pleura dalam semasa proses ini berlaku. Cecair pelincir ini dipanggil cecair pleura. Ia dihasilkan setiap masa oleh lapisan pleura luar dan diserap oleh lapisan pleura dalam.

Jika terdapat jangkitan kuman iaitu pneumonia atau tb paru-paru, atau terdapatnya ketumbuhan atau kanser, maka aliran cecair untuk penyerapan ke lapisan pleura dalam akan tersekat. Ini lah yang menyebabkan pengumpulan cecair di ruang pleura. Lihat rajah dan imej xray.

Image may contain: drawing

Antara penyebab lain ialah kegagalan jantung dan masalah buah pinggang. Tetapi ini disebabkan ketidakseimbangan pada tekanan osmotik / onkotik salurdarah ataupun kekurangan protein albumin dalam darah.

Tak ada kaitan dengan mandi malam kan?
Kalau kaitan dengan rokok 🚬tu adalah, sebab rokok meninggikan risiko jangkitan pneumonia, tb dan juga terkena kanser.

sumber; Dr Che’ Wan Aminud-din Hashim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*