Pasangan Saman Jawi Mengaku Salah Buat Aduan Palsu Tetapi Ia Sudah Bawa Banyak Kemusnahan Kepada Imej JAWI Yang DiKEJI & DiHINA Di Media Sosial

sahabatsyarie.wordpress.com

Putrajaya: Pasangan suami isteri yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini dengan mendakwa Pegawai Penguatkuasa Agama Wilayah Persekutuan membuat serbuan khalwat tanpa mengikut prosedur telah dijatuhi hukuman denda RM1500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Hukuman tersebut dijatuhkan pada 26 Februari 2018 yang lalu setelah pasangan tersebut mengaku bersalah atas tuduhan membuat aduan palsu kepada Jawi.

Mengikut pertuduhan, Riduan Giman membuat laporan palsu kononnya wujud pasangan sedang berkhalwat sedangkan pasangan yang diadu itu adalah dia dan isterinya sendiri.

Beliau telah di dakwa di bawah seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000.

Tarik Balik Saman Terhadap Jawi

Terdahulu, pada 4 Januari 2018, pasangan tersebut telah menarik balik tuntutan saman mereka terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan enam lagi atas alasan masalah kewangan kerana telah di buang kerja.

Mengikut rekod, pada 18 Februari 2017, pasangan itu memfailkan saman terhadap JAWI dan enam lagi atas dakwaan menahan mereka secara salah atas kesalahan berkhalwat.

Mereka menamakan dua Pegawai Penguatkuasa JAWI, Ketua Pegawai Penguatkuasa JAWI, Ketua Pengarah, Jawi, Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketujuh.

Berdasarkan writ saman dan pernyataan tuntutan, pasangan itu mendakwa bahawa pada 8 Januari lalu, jam 1.30 pagi, mereka ditahan secara salah oleh defendan pertama dan kedua bersama enam lagi pegawai ketika menginap di sebuah hotel dekat sini.

Pertuduhan Di Mahkamah Syariah

Tindakan saman tersebut telah menyebabkan Jawi di kecam hebat oleh masyarakat termasuk dari golongan bukan Islam di malaysia.

Pasangan tersebut turut menghadapi satu lagi pertuduhan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 3 hingga 5 April 2018 nanti atas kesalahan Menghina Undang-Undang Islam.

sumber; sahabatsyarie.wordpress.com

 

Berita berkaitan;

Imej Jawi Tercalar Angkara Aduan Palsu Pasangan Kontroversi

Tindakan saman Mohd Ridhuan Giman, 35, dan pasangannya Siti Sarah Maulad Abdullah, 27, terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum mencaci dan memaki Jawi.

Sewaktu itu, peguam yang mewakili mereka, Adam Luqman dan Yusfarizal Yussoff (gambar) tampil membuat kenyataan akhbar dengan menunjukkan writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hampir semua media online seperti Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malay Mail Online dan The Star Online memainkan berita ini dengan pelbagai tajuk dan sudut.

Netizen termasuk dari kalangan bukan Islam turut sama memperleceh dan mempertikai tindakan Jawi dan sehingga kini, komen-komen cacian tersebut masih boleh di lihat di media sosial.

Ada antara mereka yang mempertikaikan SOP Jawi sedangkan Jawi hanya bertindak selepas ada aduan di buat kepada mereka. Namun fakta sebenar, pasangan tersebut yang menelefon Jawi supaya menangkap mereka.

Tidak kurang juga netizen yang mengugut mahu menikam penguatkuasa Jawi, menembak dengan senapang dan tetak tangan hingga putus.

Selain itu, Jawi turut menerima pelbagai gelaran seperti anjing, bodoh, pundek dan bermacam lagi gelaran yang ada di dunia makian hari ini.

Apa yang paling dikesalkan, golongan bukan Islam berganding bahu dan bersatu padu memaki dan memperlekehkan Jawi dan agama Islam malah, turut di sokong oleh orang Islam.

Komen-komen di atas hanyalah secebis sahaja makian dan cacian yang diterima oleh Jawi. Apa yang menjadi persoalan sekarang, apakah motif pasangan tersebut membuat aduan palsu dan membuat provokasi sehingga tercetusnya idea untuk menyaman Jawi kononnnya tersalah tangkap dan tidak mengikut SOP.

Jika tujuannya supaya Institusi Islam di Malaysia di pandang hina, maka TAHNIAH, anda telah berjaya melakukannya dengan begitu hebat sekali.

Jika di imbas kembali, berapa kerat sahaja orang Islam di Malaysia bangun mempertahankan tindakan Jawi. Ramai yang hanya melihat saat agama Islam di hina sebegitu rupa.

Di harap kes aduan palsu ini menjadi pengajaran dan tauladan kepada kita semua. Jangan cepat menghukum agama sendiri sedangkan di luar sana, terdapat gerakan yang tanpa jemu mahu menghapuskan Islam dan Institusinya di bumi Malaysia ini.

Bangkitlah bersama mempertahankan sistem perundangan Islam di Malaysia ini kerana usaha membina sistem yang kita ada sekarang ini bukanlah mudah.

sumber; sahabatsyarie.wordpress.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*