Penawar Terbaik Ekzema; Nasihat Doktor Hafiz Sulaiman Tentang Penyakit Ekzema Yang Perlu Anda Baca…

infosihat4ever.blogspot.com

PULIH PERUT PULIH EKZEMA?
(Kaedah secara semulajadi mengikut teori saintifik)

Ekzema yang berulang-ulang dan semakin teruk adalah kerana kita mengabaikan kesihatan perut dan usus kita. Asyik fokus luaran kulit je.

Apa kaitan perut usus dengan ekzema ni? Ekzema ni kulit sensitif! Ada orang taknak dengar pun penjelasan bila kita sentuh bab usus. Macam jauh pulak kaitannya.

Tapi kenapa bila salah makan kulit ekzema makin merah dan bengkak? Jawapannya ialah kerana PENAWAR ada di lapisan usus itu.

Korang gasak usus tu dengan makanan pedas, makanan toksik pewarna perisa pelaris tambahan, siap ekzema korang..atau ekzema anak korang yang menyusu badan.

Penawar ini ialah enzim pengurai ejen saraf histamin yang sebabkan kegatalan dan sensitif badan. Maksudnya enzim ni pecahkan bahan penyebab kegatalan, bengkak dan ruam ekzema tu.

Enzim ni namanya 👉 DAO 👈

Image may contain: 1 person, text

Kajian menunjukkan sesetengah keluarga ada masalah genetik tak dapat hasilkan DAO dengan efisyen. Maka keluarga inilah yang selalu ada masalah alahan. Enzim ni tak jual di Malaysia..di oversea yang komersial ada macam brand DAOsin, Histame jual tapi sumbernya enzim DAO daripada khinzir.

Enzim ni pun tak komersial mana. Kampeni ubat tak minat jual sebab bahan semulajadi tak boleh paten ya tuan tuan puan puan. Jadi mana nak dapat?

Paling banyak lokasi kita boleh jumpa enzim ini ialah pada organ ini:

1) Lapisan usus.
2) Uri
3) Buah pinggang.

Lapisan usus kita paling banyak enzim penawar bahan sensitif saraf histamin ni. Tapi malangnya ramai daripada kita ada isu “usus bocor” dan masalah pembuangan lah..gastrik GERD lah.. Malah jika korang check usus di makmal sihat dan simtom tiada..kita masih berpotensi dapat masalah leaky gut ini mengikut kajian.

Jadi stor utama penawar histamin dah rosak. Iaitu usus dan perut. Jadi cara untuk pulih gatal ialah mengembalikan antihistamin semulajadi badan. Bila usus pulih, enzim DAO penawar histamin ni juga akan pulih insha Allah..

No automatic alt text available.

Kaedah untuk pulihkan penawar kepada histamin ini ialah:

1) Elakkan kerosakan usus dan perut – Terutamanya makanan yang merosakkannya.
2) Elakkan makanan histamin sehingga usus pulih.
3) Elakkan stres persekitaran..toksin dan bahan kimia.

Ingat.

1- Gatal, bengkak, ruam tu sebab histamin.
Histamin sebabkan badan sensitif. Termasuk di kulit.

2- DAO ni ANTI-histamin semulajadi badan, ia URAIKAN histamin berlebihan dalam badan….Tak seperti ubat antihistamin tahan sementara saja histamin.

3- DAO ni kekal banyak di lapisan usus. Kecuali kita rosakkan lapisan ni dengan makan makanan yang rosakkan lapisan usus. Makanan apa? Gandum, susu lembu, makanan tinggi proses terutamanya.

4- Makin kurang DAO sebab perut rosak, makin banyak histamin berkumpul dalam badan sebab DAO tak uraikannya. Contohnya bila histamin kumpul di kulit, jadilah EKZEMA.

5- Kaedah lain naikkan DAO?

– Vitamin C
– Quercetin
– Vitamin B6

👆 Dalam makanan pun ada zat ni..Sebab tu saya pum buat formulasi produk guna bahan makanan ni..simple dan natural.

Vitamin C dan bahan lainnya harapnya mempercepatkan pemulihan..membantu juga mereka yang tak strict pantang lah. Dah banyak yang terkawal dan pulih alhamdulillah sejak saya praktis kaedah ini bermula tahun 2015. Pulihkan perut, pulihkan sensitif badan

PULIH PERUT PULIH PENYAKIT

– Tak perlu takut seafood lagi.
– Pakai sabun, takde masalah.
– Peluh sendiri pun takut? Insha Allah jadi sejarah.
– Habuk, panas, serangga tidak menakutkan lagi..

Insha Allah 

Kaedah pemulihan usus saya kongsi di dalam group fb Ekzema dan Alahan :
https://www.facebook.com/groups/1666985413314520/permalink/1668662133146848/

Mohon SHARE sebab kesian ramai sangat pesakit alahan yang tak tahu kaedah pemulihan semulajadi tanpa ubat ini..semoga bermanfaat dan kita bantu kurangkan beban derita mereka.

Follow dan set SEE FIRST supaya lebih faham masalah alahan ini. Saya akan fokus penulisan kepada bidang passion saya iaitu ekzema dan alahan insha Allah.

Sedikit masa lagi saya akan kongsikan arkib koleksi artikel-artikel berkenaan leaky gut, histamin dan kaedah pemulihan usus dan penyakit alahan insha Allah. Semoga lebih faham dan mengubah hidup anda sebagaimana ia mengubah hidup saya dan keluarga saya. Alhamdulillah.

sumber; Hafiz Sulaiman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*