Peringatan PENTING kepada penggemar Ikan Masin, Telur Masin & Sayur Jeruk dari Dr Suri Roowi

Dr Suri Roowi

PENGGEMAR IKAN MASIN, TELUR MASIN, SAYUR JERUK – AWAS !

Kajian menunjukkan seseorang akan terdedah kepada risiko kanser perut dan esofagus jika kerap memakan sayur-sayuran jeruk dan makanan masin seperti ikan masin, telur masin, sayur masin dan daging masin dan menggambilnya pada kadar tinggi

Kajian oleh Saintis Korea ke atas lebih daripada 2 juta orang pula mendapati diet tinggi garam meningkatkan risiko kanser perut sebanyak 10 peratus

Pada tahun 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyatakan pengambilan makanan tinggi garam pada kuantiti yang tinggi mungkin tingkatkan risiko kanser perut

Kanser perut disebabkan oleh jangkitan bakteria Helicobacter pylori, banyak makan makanan tinggi garam, nitrit, merokok, alkohol, obesiti, radiasi dan faktor genetik

Budu juga tinggi kandungan garam. Walaubagaimanapun, terdapat kajian menunjukkan budu boleh bertindak sebagai anti kanser. Tetapi, tidak boleh diambil berlebihan

Pengambilan garam berlebihan juga mengundang risiko darah tinggi

Makan ikut kadarnya dan banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar !

#DrSuriRoowi
Principal Scientist

Rujukan
a. World J Gastroenterol 2009 May 14; 15(18): 2204-2213 b. British Journal of Cancer (2009) 101, 1641 – 1647 c. Howard Wolinsky & American Journal of Clinical Nutrition, online March 10, 2010
d. Acad Sci. 1010: 399–404. doi:10.1196/annals.1299.073

sumber; Dr Suri Roowi