Perjanjian Konsesi Tol PLUS berakhir 31 Disember 2038 akan dirunding semula – PM

Berita TV9

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata Perjanjian Konsesi Tol Lebuhraya Utara-Selatan yang sepatutnya berakhir 31 Disember 2038 akan dirunding semula.

Perjanjian konsesi tambahan sebelum ini ditandatangani beberapa kali oleh kerajaan terdahulu melibatkan Perjanjian Konsesi Tambahan.

Image may contain: sky, outdoor and nature

Image may contain: outdoor

Perjanjian Konsesi Asal yang dimetrai oleh PLUS dan Kerajaan sepatutnya berakhir pada 31 Mei 2018.

Malah kadar tol di Lebuhraya dikendalikan PLUS juga hanya pernah dinaikkan 13 tahun lepas iaitu pada 2005.

Tun Mahahir dalam pada itu masih berteka teki ketika ditanya pembukaan batu bersurat yang ditanam pada 8 September 1994 yang sepatutnya dibuka esok di Monumen Lebuhraya Utara-Selatan di RnR Rawang menghala ke arah Utara.

Selain sumber PLUS memberitahu buat ketika ini tidak ada sebarang arahan membuka batu bersurat berkenaan.

sumber; Berita TV9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*