Pernahkah SiPerokok Terfikir Asap Rokok Boleh Menzalimi Orang Lain? Tak Pernah Peduli?

Budak Kartun

Kenyang perut, merokok.. Borak panjang, merokok..  Tengok telefon, merokok.. Merokok.. Merokok.. Merokok..

Kemudian orang lain rasa tidak selesa dengan bau asap dan rokok yang busuk tu. Yang lebih teruk bayi diseksa hidup-hidup dengan asap rokok perokok anda malah asap rokok si ayah itu sendiri!

Peringatan bahawa anda tidak akan terlepas dari dosa perbuatan ini kerana menzalimi orang lain dan ia akan didakwa di hadapan Allah kelak.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang mempunyai (melakukan) kezaliman kepada saudaranya, hendaklah dia membebaskan dirinya daripada kezaliman tersebut (meminta maaf) kerana sesungguhnya (pada hari kiamat) dinar dan dirham tidak akan memberi manfaat sedikitpun, sebelum amalan kebaikannya diambil untuk saudaranya (bagi menebus kezaliman yang dilakukan).

Jika dia tidak mempunyai kebaikan lagi, maka akan diambil kejahatan yang dimiliki saudaranya dan dilemparkan ke atasnya.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 6534)

Saudaraku, berhentilah merokok..

sumber; Green Project Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*