PH Nak Tawan Kelantan & T’ganu; Setiap Pejuang Pendokong & Penyokong PAS Mesti Ingat Pesanan Ini…

http://www.1media.my/

Sewaktu belajar Jordan zaman awal 90 an saya berkesempatan menyambut pimpinan Kerajaan Kelantan waktu itu yang hadir melawat Jordan. Teringat saya kisah yang diceritakan oleh Al-Marhum Tuan Guru Dato Muhammad Daud Iraqi.

Beliau sebagai exco agama Kelantan waktu itu pernah berurusan dengan Timb Perdana Menteri bersama dengan pimpinan yang lain. Dengan penuh pengharapan rombongan Dato Mad Iraq mengadap TPM waktu itu demi kebajikan dan kebaikan rakyat Kelantan yang dianaktirikan.

medsos

Pergi dengan penuh pengharapan atas dasar sesama fikrah islam namun pulang dengan penuh kehampaan dan kehinaan. Antara perkara yang disebut kepada Al-Marhum dalam pertemuan itu”kalau nak bantuan kerajaan pusat masuk umno”. Tiada ungkapan Al-Marhum menggambarkan situasi itu kecuali hina dan sedih kerana dimalukan.

Namun selang beberapa tahun selepas itu Kelantan lah negeri yang orang itu mencari dan menumpang teduh di kala difitnah ditelanjang dihina dan ditendang. Kita sambut umpama wira tanpa rasa dendam. Inilah ketulenan fikrah Islam yang kita PAS perjuangkan.

Bila saya dengar ucapan sulung insan itu malam tadi iaitu Kelantan sasarannya selepas ini untuk ditumbangkan, saya terkenang kisah lama ini. Dengan perasaan hampa dan terguris saya pujuk dan katakan pada diri sendiri in sha Allah NEXT ROUND cerita ini akan berulang. Saya yakin rakyat Kelantan rasa sebagaimana rasa saya, munajat dan doalah sebagaimana doa saya, sebagaimana juga Doa Tuan Guru Nik Aziz yang pernah menyebut nama insan ini dalam doanya.

Namun jujur saya katakan jauh dilubuk hati harus juga kita bersangka baik bahawa ucapan semalam perlu dibiarkan dan dimaafkan kerana zahir daripada lidah petah insan tanpa sedar kerana lama terpenjara.

Ust Hj Ahmad Marzuk Shaary
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
1 Ramadhan 1439/ 17 Mei 2018

sumber; Ahmad Marzuk Shaary

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*