Polemik RM 40 Juta Untuk Piala Dunia Di Saat Dakwaan Negara Hampir Bankrup & Pelbagai Langkah Penjimatan.

Malaysiakini

KERAJAAN PH PERLU TELUS DENGAN MENDEDAHKAN PIHAK YANG MENERIMA PEMBAYARAN DI SEBALIK RM40 JUTA BOLA PERCUMA.

Oleh: Zaharudin Muhammad Al-Faqeeh.

Saya menyokong segala usaha kerajaan mempercumakan semua keperluan dan termasuk siaran bola percuma. Cuma saya persoalkan dari segi fakta negara hampir bankrupt yang diwar-warkan oleh kerajaan PH, hutang yang melebihi 1 trilion dan pelbagai penjimatan yang dipotong termasuk bonus kakitangan kerajaan yang asalnya untuk semua kakitangan kerajaan kemudian dihadkan kepada gred 41 ke bawah, asalnya RM500 dikurangkan kepada RM400 dan lain-lain.

Tiba-tiba diumumkan peruntukan RM40 juta untuk RTM siar Piala Dunia percuma. Di dalam normal pengurusan fiskal kewangan, jika keperluan terdesak seperti ada hutang yang akan membankrapkan negara, unjuran yang tidak stabil, maka perbelanjaan bukan keperluan sepatutnya dikemudiankan. Tetapi apabila perbelanjaan bukan keperluan terdesak berlaku di dalam keadaan negara yang dikatakan terdesak, maka:

Image result for piala dunia 2018
Free livescore

1. Jika perancang ekonomi negara sekarang ini cekap sebagaimana yang digambarkan, maka dakwaan PH sebelum PRU14 adalah bohong kerana mustahil perancang ekonomi yang baik boleh meluluskan jumlah yang besar yang tidak bersifat keperluan.

2. Jika benar ekonomi sekarang berada di ambang bankrap, tetapi perancang ekonomi negara tetap meluluskan bajet sebegitu, maka kerajaan hari ini hanya pandai megkritik kerajaan BN dahulu tetapi mereka sendiri sedang membina kerajaan BN 2.0.

Jika no 1 adalah benar, maka kerajaan PH menang melalui penipuan yang dibuat sehingga menang PRU14. Jika no 2 adalah benar, maka kerajaan kerajaan sekarang perlu mendedahkan kepada rakyat chain of payment (rantaian pembayaran) bajet tersebut daripada RTM sehingga kepada penyedia program diperingkat penganjur asal luar negara.

Kekhuatiran ini berlaku disebab normal praktis dalam kerajaan korup mengutamakan perbelanjaan negara ke saluran yang terdapat kroni dan funder parti mereka. Normal juga kerajaan korup menutup projek rakyat disebabkan saluran bajet itu tidak melalui kroni dan funder parti mereka sekalipun projek itu dengan kos yang normal.

Bagi PAS, perkara ini insyallah tidak akan berlaku jika memerintah kerajaan pusat justeru Islam tidak membenarkan berlaku penswastaan atau keterlibatan individu di tengah-tengah ‘chain of payment’ berdasarkan prinsip ‘anti ghillah’ sebagaimana yang termaktub di dalam dokumen hijau.

Sekian.

Nota: tulisan ini perlu dibaca bukan dari aspek tak setuju bola percuma (justeru penulis sangat bersetuju), tetapi dari aspek betulkah dakwaan PH Malaysia hampir bankrap sebagaimana modal PRU mereka baru-baru ini? Jika tidak, maka mereka menang melalui penipuan pengundi. Jika tidak, maka kerajaan perlu dedahkan siapa pihak yang terbabit dengan pembelian siaran tersebut di Malaysia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*